Kolej Canselor Kekal Juara Grand Finale SENADA PUTRA | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Kolej Canselor Kekal Juara Grand Finale SENADA PUTRA

Kolej Canselor Kekal Juara Grand Finale SENADA PUTRA

5 Mei 2024, Serdang ~ Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan acara kemuncak, Grand Finale Senada Putra: Suara Putraku Ke-15 pada 4 dan 5 Mei 2024. Acara ini telah berlangsung di Panggung Percubaan, PKKSSAAS UPM yang dihadiri seramai lebih kurang 1000 penonton untuk dua malam berturut-turut.
Seramai 15 finalis berentap dalam pertandingan ini masing-masing telah menyampaikan persembahan pada peringkat Solo Round dan Trio Round.
 
  
 
 
 
 
Pemenang Solo Terbaik, Murni Kaseh Rahim dari Kolej Canselor berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000, piala, dan selempang. Manakala Trio Terbaik, Muhammad Aqeel Mirza Rossizaen dari Kolej Tun Dr Ismail, Mohamad Danial Haikal dari Kolej 10 dan Adib Solehin Nazri dari Kolej 12 yang telah menyampaikan lagu Kurik Kundi, juga membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000, piala, dan selempang.
Di samping itu juga, terdapat beberapa anugerah dipertandingan dalam program ini iaitu:
Persembahan Terbaik Solo: Murni (KC)
Persembahan Terbaik Trio: Baba (K10), Aqeel (KTDI), dan Adib (K12)
Busana Terbaik Lelaki: Aqeel (KTDI)
Busana Terbaik Wanita: Iman (KTAG)
Peserta Akademi Seni Senada Putra Terbaik : Syahmi (K14)
 
  
 
  
 
  
 
 
Setiap pemenang anugerah tersebut membawa pulang wang tunai RM200 berserta sijil penghargaan.
Selain daripada itu, Anugerah Komitmen Kolej Terbaik juga diberikan kepada 3 buah kolej yang telah menunjukkan kerjasama dan komitmen terbaik dalam membantu pihak penganjur membuat persiapan khusus kepada setiap finalis. Pemenang anugerah ini diberikan kepada Kolej Tun Dr. Ismail, Kolej 12, dan Kolej 10.
Sesi penyampaian hadiah dan cenderamata telah disempurnakan oleh Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM yang mewakili YBhg. Dato' Naib Canselor UPM. Beliau berpendapat program ini perlu diteruskan kepada pelajar bukan sahaja untuk mencungkil bakat tetapi memberi impak secara menyeluruh di mana program ini mendapat penglibatan dari Staf yang dilantik sebagai juri, para alumni yang memberi sokongan sekaligus memberi sumbangan kewangan dan sudah pasti penglibatan dari komuniti setempat yang turut hadir memeriahkan.
Menurut Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah PKKSSAAS, program Grand Ginale Senada Putra: Suara Putraku Ke-15 bukan sahaja merupakan platform untuk menampilkan bakat-bakat terbaik UPM dalam bidang seni nyanyian, tetapi juga sebagai wadah untuk mengiktiraf pencapaian dan komitmen kolej-kolej di UPM. Program ini memberikan pengalaman yang sangat memberangsangkan kepada penonton dan peserta, serta memperkukuhkan celik seni budaya dalam kalangan mahasiswa UPM.

Tarikh Input: 07/05/2024 | Kemaskini: 07/05/2024 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
WXFUGAe~