Kunjungan Muhibbah PKKSSAAS Ke JKKN Selangor | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Kunjungan Muhibbah PKKSSAAS ke JKKN Selangor

Kunjungan Muhibbah PKKSSAAS ke JKKN Selangor

 

SHAH ALAM – Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah mengadakan satu lawatan muhibbah ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) Negeri Selangor pada 17 September 2020. Lawatan seramai 10 orang staf PKKSSAAS  yang diketuai oleh Pengarah PKKSSAAS, Encik Abdullah Arshad telah disambut oleh Encik Samsuring Meli, Timbalan Pengarah JKKN Selangor dan semua warga JKKN Selangor.

 

 
 
 

 

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan hubungan antara PKKSSAAS dengan JKKN Selangor terutamanya dalam membangunkan dan mengembangkan bidang seni budaya. Selain itu, PKKSSAAS juga ingin mendapatkan amalan terbaik berkaitan pelaksanaan aktiviti kebudayaan yang dianjurkan JKKN, meninjau kemudahan fasiliti, berkongsi pengalaman dan sekali gus meneroka kerjasama dalam penganjuran program strategik berkaitan seni dan budaya antara PKKSSAAS UPM dan JKKN Selangor.

 

 

Hasil pertemuan ini, PKKSSAAS UPM dan JKKN Selangor saling bertukar buah fikiran bagi memperkuat dan memperkembangkan kebudayaan di negeri Selangor. Antara cadangan utama untuk direalisasikan adalah kolaborasi melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPM dan JKKN Selangor dalam pelbagai bidang kebudayaan seperti penganjuran persidangan, seminar, latihan, persembahan pentas, staff attachment dan lain-lain lagi  dengan matlamat untuk menggalakkan pertumbuhan aktiviti seni budaya kepada golongon sasaran seperti pelajar UPM khususnya dan juga orang awam sekitar Selangor secara amnya.



Tarikh Input: 06/10/2020 | Kemaskini: 09/10/2020 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUEAh~