Kunjungan Muhibbah PKKSSAAS UPM Ke Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri JKKN Perak | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Kunjungan Muhibbah PKKSSAAS UPM ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri JKKN Perak

Kunjungan Muhibbah PKKSSAAS UPM ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri JKKN Perak

8 Jun 2022 (Rabu), Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah berkesempatan mengunjungi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak. Kunjungan Muhibbah ini merupakan salah satu daripada usaha dan inisiatif di dalam Pelan Strategik PKKSSAAS 2021-2025 iaitu memperkasa dan menjalinkan hubungan dua hala antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan di dalam bidang kebudayaan dan kesenian.
Ketibaan kami telah disambut mesra oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Abdullah, Pengarah JKKN Perak dan YBrs. Encik Fairuz Selamat yang merupakan Timbalan Pengarah JKKN Perak. Turut serta adalah barisan pegawai dan Artis Budaya daripada JKKN Perak.
 
Kunjungan Muhibbah ini telah dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Timbalan Pengarah JKKN Perak dan disusuli dengan pembentangan Slide oleh Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah PKKSSAAS berkaitan fungsi PKKSSAAS, perkhidmatan yang ditawarkan, perkongsian aktiviti seni budaya yang telah dianjurkan dan tujuan kunjungan ini diadakan.
Hasil pertemuan ini telah berjaya mencapai matlamat iaitu dapat melihat dan meninjau bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan, pertukaran idea, berkongsi amalan
terbaik
  

 
di dalam pengurusan seni budaya, memperkukuhkan dan memperkasa hubungan dua hala dan dalam masa sama warga PKKSSAAS berpeluang meninjau kemudahan dan fasiliti yang terdapat di kompleks bangunan JKKN Perak ini. Antaranya adalah Auditorium, Studio Muzik dan Studio Tarian dan ruang yang lain. Staf PKKSSAAS juga berpeluang mengadakan persembahan secara live bersama Artis Budaya JKKN Perak.
 
 
“Saya menyifatkan pertemuan ini akan menjadi inspirasi dan iltizam kepada warga UPM dan JKKN Perak untuk bersama-sama memastikan kelestarian seni, budaya dan warisan dapat diperkembangkan dan diperkasakan lagi untuk diwarisi oleh generasi muda terutamanya kepada para pelajar UPM dan belia di negeri Perak untuk sama-sama mengambil bahagian dalam usaha merealisasikan agenda DAKEN 2021”. Kata Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah PKKSSAAS.
JKKN Perak juga turut mengalu-alukan kerjasama dan penglibatan daripada institusi akademik terutama Universiti Awam dalam menggalakan keterlibatan pelajar dan warga belia di dalam aktiviti atau kegiatan penyelidikan seni, budaya dan warisan yang akan dikendalikan oleh JKKN sejajar dengan matlamat Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021

Tarikh Input: 04/07/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdIAs~