Lawatan Penanda Aras Amalan EKSA (i-PUTRA) | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Lawatan Penanda Aras Amalan EKSA (i-PUTRA)

Lawatan Penanda Aras Amalan EKSA (i-PUTRA)

PKKSSAAS SERDANG - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah menerima kunjungan daripada pihak Pusat Antarabangsa (i-Putra) pada 4 Mac 2022 bagi sesi Lawatan Penanda Aras Amalan Ekosistem Penanda Aras (EKSA).
 
   
 
   
Taklimat EKSA telah disampaikan oleh Pengarah PKKSSAAS, Encik Husalshah Rizal Hussian yang berkongsi mengenai pembudayaan amalan EKSA dalam kalangan warga staf PKKSSAAS UPM.Antara pengisiannya adalah pengenalan carta organisasi EKSA di PKKSSAAS, Zon & Sudut EKSA yang telah diwujudkan, carta perbatuan bagi tahun 2021 & 2022 serta aktiviti-aktiviti EKSA yang telah berjaya diadakan.Selesai sesi perkongsian dan soal jawab dilaksanakan, warga staf Pusat Antarabangsa dibawa meninjau ke setiap lokasi zon EKSA antaranya Zon Cengal, Zon Merbau, Zon Jati dan Zon Resak.Sesi lawatan ini diakhiri dengan pemberian cenderamata dan penganugerahan Zon Resak sebagai Zon EKSA PKKSSAAS pilihan staf Pusat Antarabangsa.
 
   
 
   
 
 

Tarikh Input: 04/03/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdLA7~