Lawatan Penanda Aras EKSA Daripada WAZAN | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA daripada WAZAN

Lawatan Penanda Aras EKSA daripada WAZAN

Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menerima kunjungan dan lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) pada 15 April 2022. Objektif lawatan ini adalah untuk memberikan perkongsian maklumat, pengalaman, buah fikiran/idea kreatif dalam pelaksanaan EKSA di PKKSSAAS.

  
 
  
Pengisian sepanjang lawatan ini antaranya ialah taklimat berkenaan EKSA, pengenalan ahli jawatankuasa EKSA serta lawatan ke setiap zon EKSA di PKKSSAAS. Perkongsian ini telah memberikan nilai tambah yang baik antara kedua-dua PTJ bagi merancang inisiatif yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang dan sekaligus dapat memupuk semangat kerjasama seluruh warga UPM dalam pelaksanaan EKSA di UPM amnya.
 
  
 
  
Sebaik selesai sesi perkongsian dan taklimat oleh Pengarah PKKSSAAS, satu sesi penilaian zon dilaksanakan oleh staf WAZAN berdasarkan pembentangan setiap ahli zon masing-masing. Staf WAZAN dibawa ke setiap zon bagi mendengar dan melihat kreativiti yang dihasilkan oleh staf PKKSSAAS. Daripada empat (4) zon yang dinilai, zon Cengal telah menambat hati staf WAZAN dan terpilih sebagai zon pilihan WAZAN pada kali ini.

Tarikh Input: 20/04/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdJAZ~