Lawatan Penanda Aras EKSA Ke Jabatan Perkhidmatan Awam JPA | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA Ke Jabatan Perkhidmatan Awam JPA

Lawatan Penanda Aras EKSA Ke Jabatan Perkhidmatan Awam JPA

PKKSSAAS Serdang – Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM telah mengadakan satu lawatan penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. Lawatan yang terdiri daripada 9 orang staf dan diketuai oleh Pengarah PKKSSAAS, Encik Husalshah Rizal Hussian telah disambut baik oleh Timbalan Pengarah (JPA), Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Burhan Mat Sum.

 

 

Fokus sesi lawatan ini bertujuan untuk mengetahui perkongsian pembudayaan amalan EKSA yang telah diterapkan dalam kalangan staf JPA dan melihat beberapa aktiviti EKSA yang telah dijayakan sepanjang tahun 2016 hingga 2022 antaranya Bengkel Familiarisasi dan Pembudayaan EKSA, Pertandingan Sudut EKSA, dan beberapa aktiviti lain.

Pihak JPA menyambut baik kedatangan staf PKKSSAAS dengan melawati beberapa lokasi antaranya kaunter pelanggan, surau, pejabat, bilik mesyuarat dan beberapa lokasi yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada staf PKKSSAAS.

 

Lawatan ini mengambilkira pengiktirafan yang telah dianugerahkan kepada JPA daripada pihak MAMPU yang memberi pensijilan Cemerlang bagi tahun 2017,2019 dan 202
2. 

Tarikh Input: 22/04/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdMAO~