Lawatan Seni Industri (Kunjungan Muhibah) Ke Istana Budaya. | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Lawatan Seni Industri (Kunjungan Muhibah) ke Istana Budaya.

Lawatan Seni Industri (Kunjungan Muhibah) ke Istana Budaya.

20 Disember 2023 | Istana Budaya. Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM dengan kerjasama Kolej Empat Belas (K14) telah menganjurkan aktiviti Lawatan Seni Industri (Kunjungan Muhibah) ke Istana Budaya.

  
 
 
 
Program ini telah disertai seramai 11 orang staf PKKSSAAS dan lebih 80 orang pelajar UPM yang bertujuan melihat kemudahan fasiliti, pengendalian teknikal, produk perkhidmatan dan ruang panggung di Istana Budaya disamping memperkukuh hubungan dua hala antara UPM dan Istana Budaya.
Satu taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Unit Pemasaran iaitu Puan Putri Shahda Azza binti Megat Burhainuddin berkenaan kemudahan fasiliti seperti Bilik Kawalan Teknikal, Studio Latihan, Ruang Tempat Duduk Penonton “Stalls, Grand Circle & Upper Circle”, Pentas Panggung Sari dan produk seni budaya.
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 10/01/2024 | Kemaskini: 10/01/2024 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdEAh~