UPM, Serdang – Program Letusan Muzik Etnik Kontemporari merupakan program anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Kolej Canselor UPM yang telah diadakan pada 16 – 17 Mac 2013 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM Serdang.
Program tersebut telah berlangsung dengan gemilangnya yang mana pembukaan oleh penari daripada Istana Budaya iaitu Encik Badrul Hisham. Sebanyak 14kumpulan telah bertanding bagi merangkul johan, naib johan dan tempat ke-3.
Antara pengisian program tersebut ialah pertandingan Live Band dan persembahan kebudayaan dan kesenian.
“Program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wan Azman Wan Omar, Pendaftar UPM, YBrs. Encik Muhammad Zaki Yusoff, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ dan Dr. Hanafiah Ayub, Pengetua Kolej Canselor UPM.
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
43400 UPM,
Serdang,
Selangor Darul Ehsan.