Majlis Gemilang Putra 2022 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Majlis Gemilang Putra 2022

Majlis Gemilang Putra 2022

Majlis Gemilang Putra (MGP) telah pun diadakan dengan jayanya pada 24 Mei 2022 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM secara fizikal dan ditayangkan secara langsung menerusi laman rasmi facebook UPM.
Seramai 632 penerima anugerah diraikan dan diberi pengiktirafan pada majlis ini. Majlis penyampaian berjalan dengan lancar bermula dengan penerima Anugerah Jasa Putra, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan Melebihi 40 Tahun.
  
 
 
Selaku pihak Jawatankuasa Persiapan Dewan dan Logistik, staf PKKSSAAS telah pun membuat persediaan dan persiapan awal seperti menyusun atur kerusi dan meja berpandukan pelan lantai yang diberikan serta membantu menyelaras keperluan lain seperti diminta oleh pihak penganjur. Turut dijemput adalah kumpulan Band Putra yang terdiri daripada staf UPM untuk mengadakan persembahan.
Tidak ketinggalan juga, Encik Mohd Saipul Mohd Darji yang merupakan staf PKKSSAAS telah tercalon dan terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi sesi ini. “Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Saipul Mohd Darji di atas penganugerahan ini. Semoga ia sebagai penggerak dan pembakar semangat buat seluruh kakitangan di PKKSSAAS untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cemerlang, produktif, inovatif dan berkualiti. Malah ia juga sebagai salah satu perangsang untuk terus berkhidmat dan menyumbang bakti kepada PTJ dan Universiti amnya” kata Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah PKKSSAAS.
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Nazamid bin Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM.

Tarikh Input: 13/06/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdNAm~