Majlis Pelancaran Amalan EKSA Entiti Pendaftar “SEMARAK EKSA MERAKSI SINERGI” | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Majlis Pelancaran Amalan EKSA Entiti Pendaftar “SEMARAK EKSA MERAKSI SINERGI”

Majlis Pelancaran Amalan EKSA Entiti Pendaftar “SEMARAK EKSA MERAKSI SINERGI”

PKKSSAAS SERDANG – Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM bersama-sama Pejabat Pendaftar UPM telah mengadakan satu Majlis Pelancaran Amalan EKSA Entiti Pendaftar pada 8 Mac 2022 bertempat di Panggung Percubaan, PKKSSAAS UPM. Majlis yang bertemakan “Semarak EKSA, Meraksi Sinergi” ini telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa entiti PTJ di bawah Pejabat Pendaftar antaranya Pusat Islam Universiti, Bahagian Keselamatan Universiti, Pusat Kesihatan Universiti dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

  

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM dan beliau menyatakan hasrat dengan amalan EKSA yang diterapkan akan dapat membantu warga UPM bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang lebih kondusif dan selesa. Di samping itu, ia dapat meningkatkan tahap pengurusan dan penyelenggaraan pejabat ke arah yang lebih baik serta mampu membentuk disiplin diri yang baik, semangat kerja berpasukan yang padu dalam kalangan staf UPM.

 

Majlis ini juga diserikan dengan persembahan khas nyanyian lagu “Semarak EKSA Meraksi Sinergi” yang dicipta khas oleh Pegawai Kebudayaan, Encik Mohd Khairul Zainal Abidin dan nyanyian oleh Encik Nor Ilmie Nazarudin.

 

Selain itu, sesi penyerahan bunting kepada setiap PTJ di bawah Pejabat Pendaftar juga menjadi simbolik kepada satu bentuk sokongan setiap entiti Pendaftar menyahut amalan EKSA untuk diamalkan di PTJ masing-masing.

Tarikh Input: 07/04/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdGAo~