Majlis Pelancaran Pelan Strategic UPM 2021 -2025 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Majlis Pelancaran Pelan Strategic UPM 2021 -2025

Majlis Pelancaran Pelan Strategic UPM 2021 -2025

Disediakan Oleh :Kementrian Pengajian Tinggi

YB Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hari ini hadir ke Majlis Pelancaran Pelan Strategik UPM 2021-2025 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Pelan Strategik UPM 2014-2020 memfokuskan lapan bidang strategik dan mempunyai lima matlamat penting untuk UPM menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa yang antaranya adalah untuk melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang, mewujudkan hab penyelidikan dan inovasi yang menjanakan nilai berteraskan ekosistem lestari serta melestarikan ekosistem jraingan industri dan masyarakat.
 
Ianya juga sebagai dokumen yang dapat menentukan hala tuju kecemerlangan universiti untuk sekurang-kurangnya lima tahun mendatang.
Di dalam majlis itu juga telah diadakan penyerahan Centre Page Tribun Putra 105 (Edisi Khas) dan Simbolik Penyerahan Mock Matlamat Pelan Strategik UPM 2021-2025 serta acara memotong pulut kuning sempena 50 tahun UPM Jubli Emas.
 
YB Timbalan Menteri juga bersempatan untuk melawat pameran 50 Tahun UPM yang diadakan di lobi dewan.
Turut hadir Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM dan Dato` Shaharuddin bin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, KPT.



Sumber Dari  :https://www.facebook.com/MOHEOfficial

Tarikh Input: 03/12/2021 | Kemaskini: 03/12/2021 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdGA1~