Malam Anugerah Festival Teater Pengguna Siswa Universiti Awam MAKUM 2023. | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Malam Anugerah Festival Teater Pengguna Siswa Universiti Awam MAKUM 2023.

Malam Anugerah Festival Teater Pengguna Siswa Universiti Awam MAKUM 2023.

31 Oktober 2023 | Panggung Percubaan PKKSSAAS Universiti Putra Malaysia. Sekretariat Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia telah menganjurkan Malam Anugerah Festival Teater Pengguna Siswa Universiti Awam MAKUM 2023.
Pertandingan yang mendapat tajaan penuh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ini telah mengangkat seni teater sebagai medium informasi tentang isu kepenggunaan dan kos sara hidup yang melanda masyarakat kini.
Sebanyak 17 buah naskhah telah dipertandingkan oleh 17 buah universiti awam seluruh Malaysia. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Festival Teater Pengguna Siswa Universiti Awam MAKUM 2023!
Dalam pertandingan ini karya Tuan Besar daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah diangkat sebagai Juara dan membawa pulang RM5000 berserta plak, manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui karya Pangsapuri B40 telah mendapat Naib Johan dan membawa pulang RM3000 beserta plak manakala karya Ring..Ring..Ring daripada Universiti Sains Malaysia (USM) telah mendapat tempat ketiga dan membawa pulang RM2000 berserta plak.
Malam Anugerah ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN dan YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM merangkap Pengerusi MAKUM.
 

Tarikh Input: 06/11/2023 | Kemaskini: 06/11/2023 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdFAZ~