Malam Tunas Budaya 2023 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Malam Tunas Budaya 2023

Malam Tunas Budaya 2023

21 Oktober 2023 - Dewan Besar, PKKSSAAS | Malam Tunas Budaya (MTB) merupakan program anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah diadakan dengan jayanya pada 21 Oktober 2023 (Sabtu).
Sebanyak 9 buah kolej kediaman telah berentap untuk merebut gelaran Johan MTB 2023.
Berikut adalah keputusan penuh para pemenang bagi Malam Tunas Budaya 2023:-
Johan: “Mantra Cellorscript” daripada Kolej Canselor.
Naib Johan: “Seta Walinongsari” daripada Kolej Sepuluh
Tempat Ketiga: “Sartural Fansuri” daripada Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Anugerah Keceriaan Terbaik: Kolej Tun Dr Ismail
Anugerah Publisiti Terbaik: Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee
Anugerah Iringan Muzik Terbaik: Kolej Dua Belas
Anugerah Formasi Tarian Terbaik: Kolej Sepuluh
Anugerah Teknikal Terbaik: Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Anugerah Kreativiti Terbaik:
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Anugerah Vokal Terbaik:
Kolej Canselor
ANUGERAH PENGHARGAAN
Felo Kebudayaan Terbaik Sempena Malam Tunas Budaya 2023
1. Cik Maisarah Mohamed Zakaria (Felo Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee)
2. Encik Syafiq Hariz Mohd Hanafiah (Felo Kolej Tan Sri Aishah Ghani)
Sekalung tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan persembahan yang sangat hebat dan memukau pada malam tersebut.
Program ini dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor, HEPA, YBrs Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran Pejabat TNC HEPA.
 
    
 
    
 
  
 

Tarikh Input: 02/11/2023 | Kemaskini: 02/11/2023 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
WXFSJAH~