Pemurnian Pruf Garis Panduan Syarat Pertandingan Acara MAKUM. | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » pemurnian Pruf Garis Panduan Syarat Pertandingan Acara MAKUM.

pemurnian Pruf Garis Panduan Syarat Pertandingan Acara MAKUM.

16 & 17 Jun 2023 | Bilik Senat, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Pegawai daripada Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) telah hadir bersama-sama bagi melaksanakan pemurnian Pruf Garis Panduan Syarat Pertandingan Acara MAKUM. Sesi ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM merangkap Pengerusi MAKUM.
 
 
 
Sesi ini memfokuskan kepada semakan penulisan, syarat-syarat pertandingan dan peraturan umum yang telah dirangka awal pada Bengkel Pemurnian Garis Panduan Syarat Pertandingan Acara MAKUM di Dorsett Putrajaya pada 6-8 April yang lalu.
Garis panduan ini akan diterbitkan sebagai panduan kepada Mahasiswa Universiti Awam yang ingin menganjurkan pertandingan. Ia juga bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada Mahasiswa di Universiti Awam agar menepati spesifikasi teknikal secara umum dalam acara kebudayaan yang akan dianjurkan dari pelbagai peringkat khususnya kebangsaan.
Garis panduan ini juga dibangunkan hasil daripada perkongsian pengalaman dan kepakaran oleh Pegawai MAKUM agar lebih praktikal dan bersesuaian menerusi pelbagai bidang kebudayaan dan kesenian antaranya muzik, tarian, teater dan lain-lain berkaitan.

Tarikh Input: 30/06/2023 | Kemaskini: 30/06/2023 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdHAd~