Pertandingan Kuiz Seni Budaya Dan Warisan Inter-PTJ (SEBUDI 3.0) | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH pkkssaas
» BERITA » Pertandingan Kuiz Seni Budaya dan Warisan Inter-PTJ (SEBUDI 3.0)

Pertandingan Kuiz Seni Budaya dan Warisan Inter-PTJ (SEBUDI 3.0)

19 - 20 Februari 2025 - Panggung Percubaan, PKKSSAAS | Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah menganjurkan Pertandingan Kuiz Seni Budaya dan Warisan Inter-PTJ (SEBUDI 3.0) yang disertai seramai 120 orang staf dari 40 PTJ. SEBUDI 3.0 berlangsung selama 2 hari bermula pada peringkat awal, suku akhir, separuh akhir dan seterusnya peringkat akhir.
Para peserta telah melalui pelbagai segmen penilaian antaranya kuiz Interaktif Kahoot, ujian soalan objektif, bertulis dan soalan pandangan yang diberikan para juri. Antara bentuk soalan yang diberikan adalah seperti selera warisan, seni persembahan, adat dan budaya, jejak warisan dan jalinan seni.
 
  
 
6 PTJ telah layak ke peringkat akhir dan merebut gelaran juara hingga tempat keenam. Tiga (3) segmen telah dijalankan pada peringkat akhir iaitu Segmen Cabutan Undian Slot, Segmen Dia dan Lagu dan Segmen Kuiz Pandangan.
Barisan juri jemputan yang menilai para peserta adalah:
1. Prof. Madya Dr. Mohd Roslan Rosnon, Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia UPM.
2. Dr. Noor Azizi Mohd Ali, Pensyarah Fakulti Reka Bentuk dan Senibina UPM.
3. Puan Sri Rahayu Ismail, Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia UPM.
4. Encik Mohd Khairul Zainal Abidin, Penolong Pendaftar Kanan PKKSSAAS UPM.
5. Puan Mazlun Talib, Pegawai Kebudayaan Jabatan Warisan Negara.
6. Puan Suhaila Samiaan, Pegawai Kebudayaan Jabatan Warisan Negara.
 
  
 
  
 
Tahniah kepada PTJ yang mendapat tempat dan menerima Anugerah Khas bagi SEBUDI 3.0.
Senarai pemenang dan penerima Anugerah Khas pertandingan SEBUDI 2.0 adalah seperti berikut:
Johan: Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)
Naib Johan: Pusat Kesihatan Universiti (PKU)
Ketiga: Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan Universiti (APSeC)
Keempat: Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS)
Kelima: Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)
Keenam: Pusat Asasi Sains UPM (ASPutra)
Anugerah PTJ Terbaik Kahoot! (Saringan): Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)
Anugerah PTJ Terbaik Aneka Pilihan (Saringan): Fakulti Pertanian (FP)
Anugerah Individu Terbaik Ujian Aneka Pilihan Peringkat Saringan: Dr. Hani Salwah Yaakup (IPSAS), Dr. Aiza Shaliha (BHEP), dan Dr. Nurhayati Mohd Sobki (PKU)
Anugerah PTJ Terbaik Peringkat Saringan Keseluruhan: Fakulti Pertanian
Anugerah PTJ Tebaik Peringkat Suku Akhir: Fakulti Sains
Anugerah PTJ Terbaik Peringkat Separuh Akhir: Pusat Asasi Sains UPM (ASPutra)
Anugerah Busana Terbaik: Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS)
 
  
 
YBrs. Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM turut berkesempatan hadir memberikan sokongan dan seterusnya menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. Turut mengiringi adalah Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah PKKSSAAS UPM.

Tarikh Input: 24/02/2025 | Kemaskini: 05/03/2025 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 6040
+603 - 9769 6040
X, (06:57:46pm-07:02:46pm, 12 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]