Pertandingan Kuiz Seni, Budaya Dan Warisan (SEBUDI 2.0) Inter-PTJ | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Pertandingan Kuiz Seni, Budaya dan Warisan (SEBUDI 2.0) Inter-PTJ

Pertandingan Kuiz Seni, Budaya dan Warisan (SEBUDI 2.0) Inter-PTJ

21 - 22 Februari 2024 - Panggung Percubaan, PKKSSAAS | Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM dengan jayanya telah menganjurkan Pertandingan Kuiz Seni, Budaya dan Warisan (SEBUDI 2.0) Inter-PTJ yang disertai seramai 123 orang staf dari 41 PTJ. SEBUDI 2.0 berlangsung selama 2 hari bermula pada peringkat awal, suku akhir, separuh akhir dan seterusnya peringkat akhir.
Para peserta telah melalui pelbagai kaedah penilaian pertandingan antaranya ialah kuiz Interaktif Kahoot, ujian soalan objektif, bertulis dan soalan pandangan yang diberikan para juri.
 
  
 
  
 
  
 
6 PTJ telah layak ke peringkat akhir dan merebut gelaran juara hingga tempat keenam. Tiga (3) segmen telah dijalankan pada peringkat akhir iaitu Segmen Cabutan Undian Slot,
Segmen Dia dan Lagu dan Segmen Kuiz Pandangan. Para peserta diuji dengan soalan seperti selera warisan, seni persembahan, adat dan budaya, jejak warisan dan jalinan seni.
Barisan juri jemputan yang menilai para peserta adalah :
 
  
 
 
1. Dr. Noor Azizi Mohd Ali, Pensyarah Fakulti Reka Bentuk dan Senibina UPM.
2. ⁠Prof. Madya Dr. Mohd Roslan Rosnon, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) UPM
3. ⁠YBhg. Prof. Dr. Muhammad Shahrim AB Karim, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM
4. ⁠Puan Mazlun Talib, Pegawai Kebudayaan Jabatan Warisan Negara
Tahniah kepada PTJ yang mendapat tempat dan menerima Anugerah Khas bagi SEBUDI Inter-PTJ.
Senarai pemenang dan penerima Anugerah Khas pertandingan SEBUDI 2.0 adalah seperti berikut :
Johan: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Naib Johan: Pusat Transformasi Komuniti Universiti
Ketiga: Institut Perhutanan Tropika & Produk Hutan
Keempat: Pusat Kesihatan Universiti
Kelima: Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Keenam: Fakulti Pengajian Pendidikan
Anugerah PTJ Terbaik Kesuluruhan (Suku Akhir) : Pusat Kesihatan Universiti
Anugerah PTJ Terbaik Ujian Soalan Objektif (Saringan) : Fakulti Sains
Anugerah PTJ Terbaik Keseluruhan (Saringan) : Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar
Anugerah Kahoot! Terbaik: Pusat Pengurusan Penyelidikan
Anugerah Individu Terbaik Ujian Soalan Objektif : Syafiq Hariz Mohd Hanafiah (FS) & Khariza Abdul Wahab (ION2)
Anugerah PTJ Terbaik Keseluruhan (Separuh Akhir): FBMK
SEBUDI 2.0 ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM dan sesi penyampaian hadiah pemenang telah disempurnakan oleh Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah PKKSSAAS UPM.
 

Tarikh Input: 06/03/2024 | Kemaskini: 06/03/2024 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEWLAe~