Pertandingan Kuiz Seni Budaya (SEBUDI 1) Inter PTJ | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Pertandingan Kuiz Seni Budaya (SEBUDI 1) Inter PTJ

Pertandingan Kuiz Seni Budaya (SEBUDI 1) Inter PTJ

22 Februari 2023 - Panggung Percubaan, PKKSSAAS. Telah berlangsungnya Peringkat Akhir Pertandingan Kuiz Seni Warisan dan Budaya (SEBUDI 1) Inter-PTJ yang menyaksikan 6 PTJ berentap bagi mendapat tempat sebagai Juara, Naib Juara, Tempat Ke-3 dan 3 Saguhati.
  
 
  
Sesi ini telah dijurikan oleh barisan juri professional iaitu Dr. Azerai Azmi (Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai), Dr Baidruel Abd Rahim (Guru, SMK Pandan Mewah Ampang), Dr Noor Azizi Mohd Ali (Pensyarah Fakulti Reka Bentuk dan Senibina UPM) dan Encik Husalshah Rizal Hussian (Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM).
Peringkat Akhir SEBUDI 1 ini telah dijalankan selama 3 jam menerusi 3 segmen antaranya segmen cabutan undian, segmen Dia dan Lagu dan segmen Info UPM. Para peserta diberikan soalan-soalan yang sangat mencabar dan menguji pengetahuan dan kefahaman mereka. Sesi ini juga dikendalikan oleh Jurukuiz yang dilantik antaranya Cik Nur Sabrina Marzuki dari PSPK dan Encik Adidi Tamin dari PKKSSAAS.
Tahniah diucapkan kepada PTJ yang mendapat tempat dan menerima Anugerah Khas bagi Pertandingan Kuiz Seni Warisan Seni Budaya dan Warisan (SEBUDI 1). Senarai pemenang dan penerima Anugerah Khas pertandingan SEBUDI 1:
  
 
 
 
Juara: Fakulti Pertanian
Naib Juara: Fakulti Kejuruteraan
Tempat Ketiga: Pusat Jaminan Kualiti
Tempat Keempat: Fakulti Ekologi Manusia
Tempat Kelima: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Tempat Keenam: Fakulti Pengajian Pendidikan
Anugerah PTJ bagi Segmen Kahoot Terbaik:
1. ION 2
2. Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar
3. Institut Penyelidikan Matematik
Anugerah Peserta Terbaik Ujian Bertulis: Puan Farah Wahida Amran (Pusat Antarabangsa)
Anugerah PTJ Terbaik Ujian Bertulis: Fakulti Pengajian Pendidikan
  
 
  
 
 
Sesi penyampaian hadiah pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Mahbob Yusof, Ketua Pustakawan UPM. “Diharapkan program SEBUDI ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Program ini mempunyai objektif yang jelas dalam membantu seluruh warga kampus UPM amnya bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan di dalam bidang seni budaya dan warisan, dan terpenting adalah ia merupakan satu usaha dan inisiatif yang hebat dan sempurna walaupun julung-julung kali ia diadakan. Tahniah sekali lagi kepada penganjur dan barisan Ahli Jawatankuasa yang bersungguh-sungguh menjayakan pertandingan SEBUDI 1”. kata YBhg. Encik Mahbob Yusof, Ketua Pustakawan UPM. Penganjur mengucapkan terima kasih di atas kesudian dan kerjasama semua PTJ yang menyertai Pertandingan Kuiz Seni Budaya dan Warisan (SEBUDI 1) bermula dari saringan hinggalah ke peringkat akhir.

Tarikh Input: 03/03/2023 | Kemaskini: 03/03/2023 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdJAO~