Pertandingan Seni Tari Peringkat Kebangsaan, Festival Colours Of The World (FESCO 2023) | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Pertandingan Seni Tari Peringkat Kebangsaan, Festival Colours Of The World (FESCO 2023)

Pertandingan Seni Tari Peringkat Kebangsaan, Festival Colours Of The World (FESCO 2023)

22 Julai 2023, Seri Iskandar Perak | Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada kumpulan penari dari Kelab SeniTari Badansa UPM yang telah berjaya dinobatkan sebagai 2nd Runner UP (Tempat Ketiga) dalam
Pertandingan Seni Tari Peringkat Kebangsaan, Festival Colours Of The World (FESCO 2023) yang telah berlangsung baru-baru ini. Program yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Petronas dengan kerjasama FIDAF ini bertujuan memelihara dan mengangkat warisan senitari nenek moyang (Folk Dance) yang ditarikan oleh pelbagai kaum di Malaysia.
Penyertaan pertandingan dari Kelab Senitari Badansa UPM ini telah mendapat khidmat nasihat, kepakaran dan kemudahan tempat latihan yang telah disediakan oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM. Selain daripada itu, persembahan memukau yang telah dipertandingkan oleh kelab ini adalah hasil olahan koreografi tarian daripada Saudara Owen yang juga merupakan alumni Kelab Senitari Adimastuli UPM. Syabas dan tahniah diucapkan.
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM merupakan entiti di UPM yang sentiasa memberi peluang kepada semua warga UPM terutama pelajar untuk menyemarakkan lagi aktiviti seni budaya dan warisan sekaligus mengangkat martabat penggiat seni untuk sentiasa menghasilkan karya yang
terbaik
 
demi kecemerlangan universiti.
  

Tarikh Input: 13/08/2023 | Kemaskini: 13/08/2023 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdNAS~