Pertandingan Zon Eksa Terbaik 2021 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Pertandingan Zon Eksa Terbaik 2021

Pertandingan Zon Eksa Terbaik 2021

PKKSSAAS SERDANG – Satu penilaian EKSA bagi Pertandingan Zon EKSA Terbaik telah diadakan pada 30 November 2021. Antara panel penilai yang dijemput untuk mengadili pertandingan ini adalah Encik Ahmad Hafidz Hitam (Pusat Jaminan Kualiti), Puan Nik Hafzaini Nik Hassan (Pusat Perhubungan Alumni) dan Puan Noriza Samad (Kolej 13).
 

Panel penilai telah diiring ke setiap sudut zon EKSA antaranya, Zon Cengal, Zon Jati, Zon Merbau, dan Zon Resak untuk diberikan penerangan pelaksanaan EKSA yang telah dijayakan setiap zon. Kesemua zon juga perlu memilih dua sudut di bawah jagaan zon masing-masing untuk dinilai mengikut format permarkahan yang telah disediakan.

 

Hasil daripada penilaian tersebut, jumlah markah penilaian berserta dengan markah terkumpul telah menobatkan Zon Resak di tempat pertama dengan peratusan markah 89.4% bagi Pertandingan Zon EKSA Terbaik. Manakala, Zon Merbau di tempat kedua dengan peratusan markah 88.1%, Zon Jati di tempat ketiga dengan peratusan markah 83.6% dan Zon Cengal di tempat keempat dengan peratusan markah 82.8%.

 

Tempat pertama yang dinobatkan kepada Zon Resak telah menerima wang tunai sebanyak RM1000 dan tempat kedua pula menerima wang tunai sebanyak RM 500.

Tarikh Input: 20/01/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdJAA~