Program Festival PENTAS UPM | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Program Festival PENTAS UPM

Program Festival PENTAS UPM

7 Januari 2024 | UPM Serdang. Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Kelab Penggiat Teater Sejagat (PENTAS) telah menganjurkan Program Festival PENTAS UPM yang berlangsung selama 2 hari iaitu dari 6 sehingga 7 Januari 2024 bertempat di Panggung Percubaan PKKSSAAS UPM. Kelab PENTAS telah berjaya mementaskan Naskah “Sekumpulan Orang Tolol (SOT)” hasil karya penulis hebat iaitu Encik Mohd Norsyafiq Othman yang juga merupakan mantan Pegawai Eksekutif di PKKSSAAS.
Program yang julung kali diadakan ini telah berjaya menarik minat para pelajar dan penggiat teater dari Universiti sekitar Lembah Klang antaranya dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seramai lebih kurang 600 orang penonton hadir membanjiri Panggung Percubaan selama 2 hari pementasan dilaksanakan.
 
 
 
 
 
Teater Sekumpulan Orang Tolol ini mengisahkan tentang 6 orang gila iaitu Munah, Zarul, Megat, Odah, Ecah dan Rahmat. Masing-masing mempunyai latar belakang tersendiri mengapa mereka berada di sebuah tempat longgokan sampah. Pak Akob yang merupakan seorang tukang sapu turut bersimpati dengan nasib orang-orang gila tersebut. Naskhah ini mengupas kehidupan 6 sekawan yang senantiasa menghiburkan diri mereka sendiri di samping menerima stigma negatif daripada Ms. Quek yang sangat membenci kehidupan orang gila.
 


Pihak penganjur ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian SSAAS yang juga merupakan Penasihat PENTAS kerana telah banyak membantu menjayakan pementasan ini. Selain daripada itu juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua entiti yang terlibat antaranya Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Kelab Senitari ADIMASTULI dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pementasan ini.

Tarikh Input: 15/01/2024 | Kemaskini: 15/01/2024 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdGAx~