Program Fotografi Jelajah Budaya Sabah MAKUM 2023 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Program Fotografi Jelajah Budaya Sabah MAKUM 2023

Program Fotografi Jelajah Budaya Sabah MAKUM 2023

1 Jun 2023, Kota Kinabalu ~ Program Fotografi Jelajah Budaya Sabah MAKUM 2023 telah berlangsung dari 30 Mei hingga 2 Jun 2023 di Sabah. Sejumlah 50 orang peserta menyertai program ini yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia MAKUM. Turut bersama-sama mengelola program ialah Majlis Kesenian dan Kebudayaan Mahasiswa Kebangsaan MAKMA yang diketuai oleh Saudari Siti Amesya Amiruddin dari UTeM.
 
 
 
 
Dua orang pegawai dari Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM telah terlibat secara langsung dalam penganjuran program ini. En Adidi Tamin selaku ketua delegasi dari UPM dan Encik Muhammad Afiq Ghazali yang turut membantu dari aspek teknikal bagi memastikan kelancaran program ini bersama-sama dengan pihak urusetia dari UMS.
Pada program kali ini, para peserta telah dibawa berkunjung ke 3 buah pulau di sekitar Kota Kinabalu iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Selain daripada itu, peserta juga turut serta dalam acara Pesta Kaamatan yang diadakan di KDCA Penampang. Di samping mengambil gambar bagi menyiapkan tugasan penyertaan, mereka berpeluang beramah mesra bersama YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang hadir merasmikan pesta ini di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA Penampang, Sabah bersama-sama dengan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin.
 
 
 
 
Program Fotografi Jelajah Budaya Sabah MAKUM 2023 telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Kasim bin Hj. Md. Mansur Naib Canselor UMS, barisan Tetamu Kehormat lain adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Raman Noordin Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMS dan Pengerusi MAKUM YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM serta Pegawai-Pegawai MAKUM.
Penyertaan dari UPM melibatkan pelajar dari Majlis Perwakilan Luar Kampus, Persatuan Anak Sabah PERMASA dan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023. Diharapkan program Fotografi Jelajah Budaya Sabah MAKUM 2023 dapat memberikan pengalaman yang berharga bagi peserta dan membantu mempromosikan keindahan alam dan kebudayaan Sabah kepada masyarakat luas.
Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan Fotografi Jelajah Budaya Sabah MAKUM 2023:
JOHAN : Natalia Binti Borhan (UUM)
NAIB JOHAN : Deborah Ruran Johnson (UMS)
TEMPAT KETIGA : Muhammad Amir Nuruddin Bin Abdul Jalil (UMP)
SAGUHATI KEEMPAT : Che Wan Abdul Hakim Bin Che Wan Md. Syaid (UPM)
SAGUHATI KELIMA : Jafni Binti Jaffar (UNIMAS)
SAGUHATI KEENAM : Alesandra Entira Anak Purah (UTeM)
SAGUHATI KETUJUH : Ahmad Faiz Asyraf Bin Ahmad Halimi (UMK)

Tarikh Input: 08/06/2023 | Kemaskini: 08/06/2023 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdIAP~