Program Hijrah Ramadhan 2018 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Program Hijrah Ramadhan 2018

Program Hijrah Ramadhan 2018

Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Serdang – pada 9 Jun 2018 (Sabtu) bersamaan 24 Ramadan 1439H, seramai 17 penghuni Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri, Olak Lempit Banting diraikan dalam program Hijrah Ramadan 2018 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM (PKKSSAAS UPM).


Program Hijrah Ramadan adalah program kali ke-6 dianjurkan dan ia adalah merupakan program tahunan bermula pada tahun 2013. Program Hijrah Ramadan dilaksanakan di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, Serdang Selangor Darul Ehsan bermula jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 malam.


Program ini bertujuan adalah untuk menceriakan anak- anak yatim yang menghuni di Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri, Olak Lempit. Warga PKKSSAAS UPM menyantuni dan beramah mesra dengan anak- anak ini serta menyelami perasaan mereka. Program yang baik ini dapat memberi akan erti bersyukur khususnya kepada warga PKKSSAAS UPM.


Antara pengisian yang telah diadakan adalah :

  1. Sesi Lawatan Ke Petrosains, Suria KLCC
  2. Sesi penyampaian sumbangan duit raya dan cenderahati
  • Sesi Lawatan Ke Taman Rusa dan Kancik, Tasik Perdana Kuala Lumpur
  1. Sesi Lawatan Ke Masjid Negara Kuala Lumpur
  2. Majlis iftar bersama anak-anak yatim
  3. Majlis ramah mesra dan moreh
  • Solat Tarawikh Berjemaah


“Dalam ringkasnya, Tuan Haji Anuar Haji Ahmad, Pengarah PKKSSAAS UPM merakamkan tahniah kepada seluruh staf PKKSSAAS UPM atas usaha murni dan bertungkus lumus dalam mempastikan majlis ini berjalan dengan lancar serta mencapai objektif agar anak-anak yatim ini dapat merasai nikmat Ramadan dan Aidil Fitri seperti anak-anak yang lain.


Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang”.


Majlis juga diakhiri dengan aktiviti moreh dan beramah mesra dengan anak-anak yatim tersebut.

 

Tarikh Input: 12/06/2018 | Kemaskini: 25/09/2018 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEaSAy~