Program Pemantapan Pantun Dondang Sayang Peringkat Kebangsaan UTeM - MAKUM 2023. | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Program Pemantapan Pantun Dondang Sayang Peringkat Kebangsaan UTeM - MAKUM 2023.

Program Pemantapan Pantun Dondang Sayang Peringkat Kebangsaan UTeM - MAKUM 2023.

28 Mei 2023 | Balai Adat Perkampungan Perigi Hang Tuah, Duyong, Melaka. Kelab Kasawari Universiti Teknologi Melaka (UTeM) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan Institut Warisan Melaka telah menganjurkan Program Pemantapan Pantun Dondang Sayang Peringkat Kebangsaan UTeM - MAKUM 2023.
 
 
Program ini disertai beberapa buah universiti awam dengan penglibatan seramai 30 orang pelajar daripada seluruh negara. Program pada kali ini memfokuskan kepada pengenalan, sejarah dan teknik berdondang sayang yang merangkumi pemerkasaan muzik warisan, asas penciptaan pantun dan pengaplikasian seni pantun dalam nyanyian dondang sayang.
Program kali ini melibatkan ramai ikon seni seperti YBhg. Datuk Mohd Baharim Bin Sharip, Tokoh Orang Hidup Warisan Kebangsaan Dondang Sayang, Encik Abdul Razak Bin Mohd Said, Penggiat Seni Dondang Sayang Negeri Melaka, Tuan Haji Idriss Bin Haji Sariff, Ketua Unit Muzik Institut Warisan Melaka dan Puan Norliza Binti Haji Md Yamin, Tokoh Penggerak Budaya Negeri Melaka.
 
 
Majlis Perasmian Penutup bagi Program Pemantapan Pantun Dondang Sayang Peringkat Kebangsaan UTeM - MAKUM 2023 yang telah berlangsung pada 28 Mei 2023 telah dihadiri oleh YB Tuan Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi & Komunikasi Digital Negeri Melaka, YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Bin Mohammad Shariff Timbalan Naib Canselor (HEPA) UTeM, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM merangkap Pengerusi MAKUM, barisan Pegawai MAKUM dan ahli Sekretariat MAKUM serta para peserta program.

Tarikh Input: 31/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdPAl~