Program Pemerkasaan Perkhidmatan Dan Seni Budaya Warisan | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Program Pemerkasaan Perkhidmatan dan Seni Budaya Warisan

Program Pemerkasaan Perkhidmatan dan Seni Budaya Warisan

3 Januari 2024 | The Zenith Hotel, Putrajaya. Program Pemerkasaan Perkhidmatan dan Seni Budaya Warisan telah dianjurkan dengan jayanya bertempat di The Zenith Hotel Putrajaya. Seramai 27 orang staf dan 2 orang pelajar latihan industri terlibat bagi memberikan input dalam memperkasa agenda dan hala tuju PKKSSAAS untuk tahun 2024.
Objektif program ini adalah untuk melihat kemajuan dan perkembangan Pelan Strategik PKKSSAAS 2021-2025 yang dirangka mengikut perancangan serta melihat kekuatan dan kelemahan untuk melaksanakan penambahbaikan sepanjang tahun 2023-2025 bagi tempoh tiga (3) tahun yang bercirikan Holistik, Empowerment, Patriotism dan Advancement.
Disamping itu, Encik Mohd Khairul Zainal Abidin, Penolong Pendaftar Kanan PKKSSAAS turut memberikan sedikit perkongsian berkenaan kerangka awal hala tuju baharu Naib Canselor UPM iaitu “The True North Of UPM” kepada warga kerja PKKSSAAS.
 
 
 
 
 
Perkongsian ini dapat memberikan kefahaman dan kesedaran kepada warga kerja PKKSSAAS terhadap keperluan jajaran strategik (UPM Vision 2050) dan kepentingan pencapaian hasil Pelan Strategik PKKSSAAS 2024 yang sedang diteruskan ini sejajar dengan MATLAMAT, MISI dan VISI UPM.
Malah ia turut memastikan peranan dan fungsi PKKSSAAS selari menuju matlamat yang jelas dan terarah tanpa menyimpang sedikit pun dari “The True North Of UPM” ini.
Ia sekali gus dapat menjadikan PKKSSAAS sebagai hab seni budaya warisan yang terunggul di Malaysia khusus dalam memperkasakan, memperkukuhkan jati diri, membentuk watak dan potensi yang holistik kepada pelajar dan staf, menambah nilai dan meningkatkan keberkesanan aktiviti seni budaya sepadan dengan keperluan semasa serta dapat membantu melahirkan warga UPM yang kompeten dan berdaya saing di peringkat nasional dan global.

 
 
 

Dikesempatan ini warga PKKSSAAS menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM atas kesudian menerima jemputan untuk hadir memberikan kata semangat dan motivasi disamping menyempurnakan penyampaian sebanyak 18 Anugerah Travelog Senibudaya PKKSSAAS yang dilaksanakan pada tahun 2023 kepada penerima individu dan kumpulan.
Berikut adalah penerima Anugerah Utama Travelog Senibudaya PKKSSAAS tahun 2023 :
Pemenang Anugerah Utama:


Anugerah Peserta Terbaik (Emas) - Amirul Iskandar Abdul Razak
Anugerah Peserta Terbaik
(Perak) - Alaina Shofni Kasim
Anugerah Peserta Terbaik (Gangsa) - Rozaimie Abdul Hamid
 
 

Tarikh Input: 12/01/2024 | Kemaskini: 12/01/2024 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdGAL~