Program Pemerkasaan Sekretariat Mahasiswa MAKUM | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Program Pemerkasaan Sekretariat Mahasiswa MAKUM

Program Pemerkasaan Sekretariat Mahasiswa MAKUM

18 Mei 2023 | Dewan Bankuet, Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM. Sedang berlangsungnya Program Pemerkasaan Sekretariat Mahasiswa MAKUM yang dijadualkan bermula pada 18 Mei 2023 hingga 20 Mei 2023.
Program ini dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM merangkap Pengerusi MAKUM, barisan Pegawai MAKUM dan barisan Pemimpin Pelajar Sekretariat Mahasiwa MAKUM daripada seluruh universiti awam.
Program pada kali ini memfokuskan kepada tatacara dan kaedah penggubalan perlembagaan, keahlian organisasi, penubuhan jawatankuasa dan interaksi diplomatik antara agensi-agensi berkaitan bersama Sekretariat Mahasiswa MAKUM.
  
 
 
 
Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah PKKSSAAS antara ikon pengiat seni budaya di universiti turut memberikan pengisian dan input yang penting kepada semua pemimpin kebudayaan dan kesenian pelajar yang hadir. Antara intipati yang dikongsikan adalah perspektif Pusat Kebudayaan dan Kesenian SSAAS UPM yang merupakan sebuah entiti terpenting dalam menyelaras aktiviti kebudayaan, pengisian program kebudayaan merangkumi pelbagai lapisan termasuk pelajar, alumni, staf dan komuniti setempat. Selain itu, salah seorang ikon penggiat seni budaya yang turut berkongsi pengalaman adalah Encik Mohd Zaki Ahmad Pegawai MAKUM daripada UMP yang banyak memberi pendedahan tentang cara-cara untuk merangka governance pembangunan untuk menentukan dasar serta hala tuju Majlis Kebudayaan Mahasiswa yang ingin ditubuhkan serta pengaruhnya di peringkat kementerian, kebangsaan dan antarabangsa.
 
 
 
Program ini selaras dengan perancangan, agenda dan hala tuju baharu yang bersandarkan kepada 11 Aspirasi YBM KPT yang ingin mengangkat imej MAKUM dan Pusat-Pusat Kebudayaan Universiti Awam sebagai penyelaras dan sumber rujukan mahasiwa madani yang cemerlang dari segi pengurusan organisasi, keterampilan korporat dan etika kebudayaan yang bernilai tinggi.
Pelbagai pengisian teah dirancang sepanjang 3 hari mereka berada di kampus hijau UPM, antaranya adalah sesi "Ice Breaking" yang telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Za’im Rosli, Pegawai Kaunseling dari Bahagian kaunseling UPM, sesi Jelajah Kampus Hijau di sekitar kawasan yang menarik di UPM dan banyak lagi. Semua slot yang telah disusun ini amat penting kepada semua pemimpin pelajar sebagai persediaan dan latihan kepada mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang bakal mengemudi Majis Kebudayaan Mahasiwa kelak.

Tarikh Input: 23/05/2023 | Kemaskini: 23/05/2023 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdHAP~