|
Program Prakarsa Pemerkasaan Seni Budaya dan Warisan CENDEKIA #CelikSeniBudaya di UPM Sarawak
Bintulu Sarawak, 21 September 2025 – Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Prakarsa Pemerkasaan Seni Budaya dan Warisan CENDEKIA #CelikSeniBudaya bersama pemimpin pelajar di Universiti Putra Malaysia Sarawak.
Program yang berlangsung pada 21 September 2025 ini telah melibatkan seramai 35 orang pelajar terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Kolej (MPK) dan Presiden serta wakil kelab persatuan pelajar.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Encik Adidi bin Tamin, Ketua Seksyen Pengurusan Seni Budaya dan Warisan PKKSSAAS, dengan dibantu oleh Encik Amirul Iskandar Abdul Razak dan Encik Muhamad Adib Kusni.
|
|
Melalui program ini, para pelajar diberi pendedahan tentang kepentingan seni dan budaya sebagai medium yang membentuk jati diri, keharmonian serta perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia amnya dan warga UPM Sarawak khususnya.
Program ini juga berperanan sebagai wadah memperkasa kepimpinan pelajar dalam memahami nilai budaya, sekaligus menyokong usaha UPM dalam melahirkan graduan holistik, bercitra, dan seimbang sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.
![]() ![]() |
Tarikh Input: 30/09/2025 | Kemaskini: 30/09/2025 | kamarulhelmy

43400 UPM,
Serdang,
Selangor Darul Ehsan.