Rakan Alam Sekitar (RAS) EKSA | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Rakan Alam Sekitar (RAS) EKSA

Rakan Alam Sekitar (RAS) EKSA

1 - 3 Mac 2024 | Tasik Kenyir, Terengganu. Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah menganjurkan Program Rakan Alam Sekitar (RAS) EKSA selama 3 hari 2 malam.
Program RAS ini telah memberi pendedahan tentang alam sekitar, alam semula jadi dan sumber asli kepada warga PKKSSAAS, memberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan membuat hebahan maklumat tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada seluruh warga kampus.
RAS ini juga bertujuan memperkasakan EKSA dalam skop kelestarian hijau serta menyokong kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
 
  
 
  
 
 
  
 
Program RAS ini telah memfokuskan kepada ekplorasi riadah, gotong royong “Plogging” untuk membersihkan kawasan persekitaran hutan di Air Terjun Lasir dan Pulau Herba, sesi taklimat mengenai kegunaan alam semula jadi tanaman herba, sesi refleksi alam flora dan fauna “Ikan Kelah” di Kelah Sanctuary dan aktiviti “Team Bonding” yang dapat mengeratkan kerjasama antara warga PKKSSAAS untuk berbakti kepada komuniti dan alam sekitar.

Tarikh Input: 13/03/2024 | Kemaskini: 13/03/2024 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
WXFSIAA~