Semarak Merdeka 2020 UPM Di Musim Covid-19 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Semarak Merdeka 2020 UPM di musim Covid-19

Semarak Merdeka 2020 UPM di musim Covid-19

Serdang - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang bagi Program Semarak Merdeka 2020 peringkat UPM pada 15 September 2020 di Foyer Dewan Besar, PKKSSAAS UPM bermula jam 10.00 pagi.


Majlis ini merupakan hari kemuncak bagi setiap pertandingan yang dipertandingkan untuk mengetahui keputusan para pemenang. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Pertandingan Pidato Negaraku, Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Fotografi dan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang. Pertandingan ini berlangsung dari 15 Julai  sehingga 28 Ogos 2020.


Pengarah Program Semarak Merdeka 2020, Encik Nor Ilmie Nazarudin berkata, walaupun pertandingan ini diadakan semasa krisis wabak COVID-19, inisiatif PKKSSAAS meraikan bulan Kemerdekaan harus diteruskan dengan mewujudkan pertandingan secara atas talian (online) melalui aplikasi Facebook atau Instagram bagi mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

 

 

“Program ini akan dapat memberi peluang kepada semua warga UPM dalam menonjolkan bakat dan kemahiran di dalam bidang seni dan budaya sekaligus menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara antara warga UPM,” jelas beliau.



Majlis diteruskan dengan Sesi Penyampaian Hadiah yang telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian SSAAS, Encik Abdullah Arshad dan para pemenang membawa pulang hadiah berupakan wang tunai, piala serta sijil penyertaan.

 

 

 

Senarai pertandingan dan pemenang adalah seperti berikut:

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

1)   Muhammad Hazimi Ismail, Fakulti Kejuruteraan

2)   Siti Nurhidayah Abd Jalil, Kolej Canselor

3)   Siti Nurnajwa Mohd Miradin, Kolej Pendeta Za’aba

 



Pertandingan Deklamasi Sajak

1)   Nur Husnina Yusoff, Fakulti Pengajian Pendidikan

2)   Nurul Jannah Md Nasir, Fakulti Pengajian Pendidikan

3)   Pn. Noraini Abdullah, Pejabat BURSAR

 



Pertandingan Pidato Negaraku

1)   En. Syafiq Hariz Mohd Hanafiah, Pusat Antarabangsa

2)   Dr. Nurhayati Mohd Sobki, Pusat Kesihatan Universiti

3)   Dr. Shahril Nizam Shari, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

 

 

Pertandingan Fotografi

1)   En. Syahrol Nizar Sabidin, Pejabat Pendaftar

2)   En. Mohd Isnain Ali, Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar

3)   En. Muhamad Zulwaqa Muhamad Zamri, Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar

 

 

Pertandingan Kibar Jalur Gemilang

1) Pejabat BURSAR

2) Bahagian Hal Ehwal Pelajar

3) Kolej Pendeta Za’aba

Tarikh Input: 02/10/2020 | Kemaskini: 02/10/2020 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
WXFSIAB~