Senada Putra Siri Ke 8 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Senada Putra Siri Ke 8

Senada Putra Siri Ke 8

Program Senada Putra Siri ke-8 yang bertemakan “Ibadah Dihayati Ramadan Diinsafi” telah selesai diadakan secara langsung menerusi Facebook rasmi UPM dan PKKSSAAS. Persembahan yang berbentuk nyanyian dan Muzik ini telah dijayakan oleh para pelajar UPM, Staf dan Alumni UPM.
 
 
Berkongsi pengisian program Senada Putra pada kali ini, Pengarah PKKSSAAS, Encik Husalshah Rizal Hussian berkata, setiap siri yang diadakan hinggalah pada siri ke-8 ini telah disajikan bukan sahaja menepati cita rasa penonton, malah dapat menterjemahkan tema yang dipilih dan dibawa. Justeru, sejajar dengan tema pada kali ini, “Ibadah Dihayati Ramadan Diinsafi” menepati konsep Ramadan serta menyuntik inspirasi buat penonton selain mengangkat semula semangat rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19," katanya pada program Senada Putra Ramadan di Panggung Percubaan PKKSSAAS, kelmarin.
 

 
 
Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Encik Muhazam Mansor Pendaftar UPM. Program ini juga telah diadakan bermula jam 3.30 petang dan telah mendapat hampir 1000 tontonan di Facebook rasmi UPM.

Tarikh Input: 07/04/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdKAb~