Show Case Seni Budaya @ Ombak Dive Resort Pulau Perhentian Terengganu | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Show Case Seni Budaya @ Ombak Dive Resort Pulau Perhentian Terengganu

Show Case Seni Budaya @ Ombak Dive Resort Pulau Perhentian Terengganu

5 Mei 2023 - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM sekali lagi telah dijemput untuk membuat persembahan kebudayaan dan kesenian di Ombak Dive Resort Pulau Perhentian Terengganu. Program pada kali ini berlangsung selama 4 hari iaitu daripada 4 hingga 7 Mei 2023.
 
 
Selain daripada membuat persembahan, delegasi UPM yang terdiri daripda staf dan pelajar turut mengadakan program khidmat komuniti di mana mereka telah menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada penduduk Kampung Nelayan. Pihak kami bersama-sama staf dari Ombak Dive Resort, memberi dan menyampaikan sumbangan makanan kepada penduduk-penduduk setelah selesai solat di Masid Ar-Rahman Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.
Terdahulu, kunjungan delegasi UPM pada bulan Mac yang lepas turut mengadakan beberapa aktiviti antaranya program memelihara kawasan pantai di sekitar Pulau Perhentian. Ini merupakan sumbangan khidmat masyarat yang telah dijalankan oleh pihak PKKSSAAS bersama pelajar dalam menyantuni alam sekitar yang perlu dijaga dan dipelihara di sini untuk dinikmati generasi yang akan datang.
 
 
Pelbagai bentuk persembahan kebudayaan antaranya nyanyian lagu-lagu tradisional, tarian inang, zapin dan joget. Para pengunjung di Ombak Dive Resort ini juga turut memeriahkan suasana di mana mereka bersama-sama menari dan menyanyi.
Persembahan delegasi UPM ini berterusan sehingga Sabtu ini 6 Mei 2023, kepada semua pengunjung yang masih berada di sekitar Pulau Perhentian pada ketika ini dijemput ke Ombak Dive Resort bagi menikmati persembahan yang bakal disajikan oleh UPM.

Tarikh Input: 23/05/2023 | Kemaskini: 23/05/2023 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdKAO~