TAKLIMAT PERINGKAT SEPARUH AKHIR PESERTA PROGRAM SENADA PUTRA 16
15 Julai 2024 | Seramai 24 peserta dalam kalangan staf UPM terpilih dan layak ke peringkat separuh akhir program Senada Putra 16 daripada 41 orang yang hadir ke sesi ujibakat sempena program Senada Putra 16 pada 10 Julai yang lalu.Taklimat ini diadakan khusus untuk memberikan pemahaman dan maklumat penting berkaitan konsep, syarat pertandingan dan peraturan semasa mengikuti program tersebut. Malah sebagai persediaan mereka ke peringkat separuh akhir nanti. Turut diadakan sesi cabutan undi bagi menentukan giliran persembahan pada peringkat separuh akhir Senada Putra 16.
Taklimat ini disampaikan oleh Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah PKKSSAAS bertempat di Bilik Senat, PKKSSAAS jam 2.30 petang.
Siri program Senada Putra 16 kali ini memfokuskan untuk menyediakan medan manifestasi seni budaya kepada staf UPM dari pelbagai latar belakang jawatan. Ia juga bagi menyediakan ruang dan peluang kepada staf UPM menonjolkan bakat dan kemahiran dalam bidang nyanyian.
Selain itu, ia sebagai salah satu inisiatif PKKSSAAS melaksanakan program menerusi pendekatan Work-Life Balance bagi membantu UPM mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan di samping dapat membantu meningkatkan kesejahteraan pekerja dan mengurangkan masalah kesihatan mental dalam kalangan warga UPM.
Tarikh Input: 31/07/2024 |
Kemaskini: 31/07/2024 | kamarulhelmy
PERKONGSIAN MEDIA