UPM Menang Gong Kencana Emas MAKUM 2022/2023 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH pkkssaas
» BERITA » UPM menang Gong Kencana Emas MAKUM 2022/2023

UPM menang Gong Kencana Emas MAKUM 2022/2023

UPM menang Gong Kencana Emas MAKUM 2022/2023
 
 
SERDANG, 6 Mei - Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi Anugerah Gong Kencana Emas Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) Sesi 2022/2023 pada malam tadi.
Naib Canselor, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata UPM terpilih berdasarkan kecemerlangan penglibatan penganjuran, penyertaan dan pencapaian sepanjang tahun 2022/2023.
“Kemenangan ini secara langsung memberi suntikan semangat kepada pelajar dalam memartabatkan seni budaya warisan bangsa di pelbagai peringkat,” katanya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UPM merangkap Pengerusi MAKUM Prof. Dr. Arifin Abdu berkata program kebudayaan MAKUM merupakan platform dalam mengukuhkan penglibatan warga universiti terutamanya pelajar dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan.
“Ini adalah pendedahan yang positif untuk pelajar dalam memartabatkan seni serta memperlihatkan keupayaan MAKUM dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan seimbang sejajar dengan hasrat negara,” katanya.
 
 
  
 
 
  
 
Pada majlis ini, staf UPM turut menerima Anugerah Gendang Sari, Pengarah Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) merangkap Setiausaha Agung Sekretariat MAKUM, Husalshah Rizal Hussian, Pegawai Tadbir, Dewan Besar, PKKSSAAS, Adidi Tamin, Mohd Khairul Zainal Abidin dan Bahagain Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Muhammad Ikhmal Shaffiq N.Sherap.
Selain itu, dua pelajar UPM turut menerima Penghargaan Kepada Ahli Majlis Kesenian dan Kebudayaan Mahasiswa Kebangsaan (MAKMA) iaitu pelajar Bacelor Sains Statistik Dengan Kepujian, Fakulti Sains, Muhammad Muzhaffar Syah Azmi dan pelajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Aizat Fazreeq Salim.
Sementara itu, UPM pada tahun ini selaku Pengerusi MAKUM bertindak sebagai organisasi yang memartabatkan seni budaya dan warisan dalam kalangan warga universiti, terutamanya para pelajar.

Tarikh Input: 07/06/2024 | Kemaskini: 07/06/2024 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 6040
+603 - 9769 6040
X, (09:41:23am-09:46:23am, 01 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]