Tatacara Permohonan Tempahan Penggunaan Dewan Besar/Panggung Percubaan dan Perkhidmatan Kebudayaan
Pemohon boleh membuat panggilan melalui talian 03-97696040 untuk menyemak tarikh penggunaan sama ada masih terdapat kekosongan sebelum mengisi borang tempahan
Untuk tempahan, pemohon mestilah menggunakan Borang Tempahan Dewan Besar dan Panggung Percubaan (OPR/PKK/BR01/Tempahan 01) atau Borang Tempahan Perkhidmatan Kebudayaan (OPR/PKK/BR01/Tempahan 02) yang boleh dimuat turun daripada laman web https://pkkssaas.upm.edu.my atau diperolehi daripada Kaunter Tempahan, Foyer Tingkat Bawah, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Maklumat yang terkandung dalam Borang Tempahan mestilah diisi dengan lengkap dan tepat, dan mematuhi semua syarat permohonan yang telah ditetapkan
Pemohon perlu menghadirkan diri untuk menyerahkan Borang Tempahan Dewan Besar dan Panggung Percubaan, dan Borang Tempahan Perkhidmatan Kebudayaan, dan membuat tinjauan (jika perlu) serta mendapat penerangan berkenaan kemudahan dan kadar caj yang telah ditetapkan (jika berkaitan)
Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima. Pemohon diminta memberi maklum balas dan mengesahkan persetujuan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh email atau borang kelulusan. Sekiranya, tiada sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, pihak kami akan membatalkan permohonan sewaan berkenaan dan sekaligus rekod tempahan akan dikeluarkan daripada jadual penggunaan Dewan PKKSSAAS.
Pemohon boleh menggunakan Senarai Semak Permohonan Tempahan Penggunaan Dewan Besar/Panggung Percubaan dan Perkhidmatan Kebudayaan seperti di bawah sebagai panduan untuk melicinkan proses permohonan
Pemohon boleh membuat pembayaran melalui kaedah seperti yang berikut:
Secara tunai di Pejabat Bendahari (Kaunter 3) atau;
Cek kepada alamat Bendahari UPM atau;
Eft/Cheque Deposit Machine/Atm transfer ke akaun ”80-0215196-3”
(KIRA KIRA AM UPM) dan pembayaran harus dijelaskan dalam tempoh 7 hari bekerja dan dapatkan salinan pembayaran daripada pemohon sebagai bukti pembayaran; atau;
Melalui L.O (Local Order), iaitu pemohon perlu kemukakan LO dalam tempoh 7 hari bekerja sebelum majlis/program, dan pembayaran hendaklah dibuat selewat-lewat dalam tempoh 21 hari bekerja selepas Program/Majlis berlangsung
Selepas pembayaran dibuat, PKKSSAAS akan melantik Pengurus Acara (persiapan tempat dan teknikal) untuk membantu pemohon menguruskan program berdasarkan keperluan di dalam borang permohonan dan mana-mana yang berkaitan
Penganjur mestilah mengemukakan atur cara dan cadangan susun atur (layout) yang lengkap dan terkini kepada PKKSSAAS dalam tempoh satu (1) minggu sebelum acara dilaksanakan