Pertandingan SEBUDI 2022 | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» ACTIVITIES » Management Commitee

Event Title
Pertandingan SEBUDI 2022
Date
10 Feb 2023 - 10 Feb 2023
Time
08.00 - 05.00
Location
Experimental Theatre PKKSSAAS
Event Summary
PERTANDINGAN KUIZ SENI BUDAYA DAN WARISAN (SEBUDI I) ANJURAN PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PKKSSAAS), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM (PKKSSAAS) akan menganjurkan Pertandingan Kuiz Seni Budaya dan Warisan (SEBUDI I) pada 21 dan 22 Februari 2023 (Selasa dan Rabu) bertempat di Panggung Percubaan, PKKSSAAS UPM. Program ini adalah berbentuk pertandingan yang terbuka kepada PTJ di UPM. Ia merupakan satu inisiatif penganjuran oleh PKKSSAAS terhadap pemerkasaan pengetahuan dan meningkatkan kefahaman serta memberikan pendedahan bersandarkan pendekatan budaya nilai tinggi yang ditunjangi tiga (3) elemen utama iaitu tatasusila, tatacara dan tahap keintelektualan serta amalan nilai-nilai murni menerusi SEBUDI kepada warga UPM amnya. 3. Sehubungan dengan itu, saya sangat berbesar hati mempelawa dan menjemput semua PTJ yang berminat untuk menyertai. PTJ yang berminat bolehlah terus menghantar penyertaan dengan mengisi Borang Penyertaan seperti di lampiran. Borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Encik Amirul Iskandar Abdul Razak, Bahagian Pengurusan Seni Budaya dan Warisan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM selewat-lewatnya 10 Februari 2023 (Jumaat). Bersama-sama ini juga saya disertakan butiran dan syarat penyertaan untuk rujukan dan perhatian semua PTJ. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Encik Amirul Iskandar Abdul Razak di talian 011-16690789/ i_amirul@upm.edu.my atau Encik Norilmie Nazaruddin di talian 010-8902994/ norilmie@upm.edu.my. Segala sokongan dan perhatian yang diberikan oleh YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan, amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERILMU BERBAKTI”

Updated:: 10/01/2023 [kamarulhelmy]

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEcRAJ~