Pertandingan Semarak Merdeka UPM 2022 | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» ACTIVITIES » ICT Zone 11 Old

Event Title
Pertandingan Semarak Merdeka UPM 2022
Date
20 Jul 2022 - 31 Aug 2022
Time
08.00 - 05.00
Location
Experimental Theatre PKKSSAAS
Event Summary
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM (PKKSSAAS) akan menganjurkan Program Semarak Merdeka 2022 bermula tarikh 20 Julai hingga 31 Ogos 2022 sempena menyambut Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2022. Untuk makluman YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan, pertandingan ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan, memupuk dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan warga kampus UPM dan masyarakat sekitar UPM. Antara pengisian yang dirancang ialah Sayembara Deklamasi Puisi, Pertandingan Koir Kemerdekaan Inter-PTJ dan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter PTJ. Penyertaan bagi setiap pertandingan ini adalah terbuka kepada staf UPM sahaja. Sehubungan dengan itu, kami sangat berbesar hati mempelawa dan memanjangkan jemputan ini kepada seluruh staf YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan yang berbakat dan berminat untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan. Butiran pengisian dan syarat penyertaan adalah sebagaimana di Lampiran. Bersama-sama ini juga disertakan Syarat dan Borang Penyertaan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Encik Rozaimie Abdul Hamid di talian 03-9769 7324 atau emel rozaimie@upm.edu.my

Updated:: 03/08/2022 [kamarulhelmy]

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEcKAm~