Program Semarak Merdeka 2023 | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» ACTIVITIES » Halal Awarness

Event Title
Program Semarak Merdeka 2023
Date
23 Aug 2023 - 31 Aug 2023
Time
01.00 - 07.30
Location
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Event Summary
PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ANJURAN PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PKKSSAAS), UPM Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Adalah dengan sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM akan menganjurkan kembali program Semarak Merdeka 2023 sepanjang bulan Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2023 yang bertemakan “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”. 3. Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, antara pengisian program Semarak Merdeka 2023 adalah seperti berikut : a. Pertandingan Koir Merdeka Inter-PTJ b. Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Inter-PTJ dan Inter-Kolej c. Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ d. Pertandingan Fotografi Merdeka Inter-PTJ 4. Sehubungan dengan itu, bagi menyemarakkan, memupuk dan meningkatkan semangat patriotik di kalangan warga kampus UPM, saya sangat berbesar hati mempelawa dan menjemput seluruh warga UPM untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan seperti butiran di atas. Bersama-sama ini saya sertakan perincian, syarat pertandingan dan borang penyertaan untuk perhatian dan makluman YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan. Sekiranya pihak YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan memerlukan sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi Encik Amirul Iskandar Abdul Razak di talian 03-97697324 atau emelkan kepada i_amirul@upm.edu.my Borang dan syarat penyertaan boleh didapati pada pautan URL yang telah disediakan

Updated:: 20/06/2023 [kamarulhelmy]

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEcWAG~