Audit Dalaman PTJ 2020 | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » Audit Dalaman PTJ 2020

Audit Dalaman PTJ 2020

Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) -  6 Ogos 2020, telah diaudit sebagai persediaan menghadapi audit oleh pihak SIRIM pada Oktober nanti. Juruaudit yang telah mengaudit PKKSSAAS adalah En. Jamali bin Janib, Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Taman Pertanian Universiti (TPU), UPM dengan dibantu 4 orang juruaudit dalaman PTJ iaitu Tn. Hj. Abd Kader Mohd Alias, En. Aziz Ngah, En. Muhammad Afiq Ghazali dan En Muhamad Risanuddin Fahmy Mohd Nasir. Sepatutnya audit telah dilaksanakan pada 2 Mac hingga 15 Mei 2020. Walau bagaimanapun, tempoh pelaksanaan audit  dalaman ini telah dilanjutkan sehingga 15 Julai 2020 selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 hingga Fasa 4 oleh kerajaan bermula 18 Mac 2020. Maka sepanjang proses audit ini pematuhan SOP PKPP diwajibkan.

 

               

Tujuan audit ini diadakan adalah untuk melihat kepatuhan PTJ terhadap polisi, perancangan, prosedur-prosedur, undang-undang dan peraturan-peraturan serta  menilai keberkesanan, kekukuhan dan kecukupan struktur kawalan dalaman serta kualiti dalam sesebuah organisasi.

 

            

Audit dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan juruaudit menyemak prosedur utama terlebih dahulu iaitu Prosedur Permohonan Tempahan Dewan Besar / Panggung  Percubaan dan Perkhidmatan Kebudayaan yang terdapat di PKKSSAAS. Proses pengauditan berakhir sekitar jam 3.30 petang dengan tiada sebarang Ketidakpatuhan (NCR) ditemui. Adalah diharapkan dengan pengauditan ini PKKSSAAS akan menghadapi Audit SIRIM pada Oktober nanti dengan jayanya seterusnya menyokong universiti menjayakan Pelan Strategik UPM. ‟ Berilmu Berbakti ”

Date of Input: 07/08/2020 | Updated: 07/08/2020 | akma

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXETUAq~