FESTIVAL TEATER INTERKOLEJ (FESTIK) 2026 MERIAH DENGAN PERSAINGAN SENGIT | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE pkkssaas
» NEWS » FESTIVAL TEATER INTERKOLEJ (FESTIK) 2026 MERIAH DENGAN PERSAINGAN SENGIT

FESTIVAL TEATER INTERKOLEJ (FESTIK) 2026 MERIAH DENGAN PERSAINGAN SENGIT

FESTIVAL TEATER INTERKOLEJ (FESTIK) 2026 MERIAH DENGAN PERSAINGAN SENGIT
SERDANG, 12 Jun 2026 – Festival Teater Interkolej (FESTIK) 2026 yang berlangsung dari 8 hingga 12 Jun 2026 telah berjaya menghimpunkan mahasiswa daripada pelbagai kolej kediaman dalam sebuah platform seni yang mengetengahkan kreativiti, bakat dan semangat berkarya melalui pementasan teater.
Sepanjang penganjuran festival tersebut, para peserta telah mempersembahkan karya-karya yang pelbagai dari segi tema, mesej dan pendekatan persembahan, sekali gus menyerlahkan kualiti serta potensi seni teater dalam kalangan mahasiswa. Majlis penutupan festival menyaksikan penyampaian anugerah kepada pementasan dan individu yang cemerlang sepanjang pertandingan berlangsung.
Bagi kategori Anugerah Utama, pementasan “Bungkam” oleh Topeng Production, Kolej 14 telah dinobatkan sebagai Johan FESTIK 2026 selepas berjaya memukau panel juri menerusi persembahan yang mantap dan berkesan. Tempat Naib Johan pula menjadi milik “Sembang” oleh Layar Majnun Production, Kolej Canselor, manakala “Tangga Terakhir” oleh Qamar Production, Kolej Pendeta Za’ba berjaya meraih Tempat Ketiga.
Dalam kategori Anugerah Khas, Zaty Zulkefly menerusi pementasan Tangga Terakhir telah menerima Anugerah Pengarah Terbaik, manakala pementasan Sembang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Skrip Terbaik. Pementasan Rekayasa Budi daripada KTAG pula memenangi Anugerah Penataan Teknikal Terbaik serta Anugerah Khas PENTAS. Sementara itu, Anugerah Penataan Set dan Props Terbaik dimenangi oleh Tangga Terakhir, manakala Anugerah Busana dan Tatarias Terbaik diberikan kepada pementasan Syirik dari KTDI.
Kategori Anugerah Lakonan turut menyaksikan penguasaan pementasan Bungkam apabila watak Pak Osman dan Sri Bungkam masing-masing memenangi Pelakon Lelaki Utama Terbaik dan Pelakon Wanita Utama Terbaik. Luqman daripada pementasan Penantian pula dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, manakala watak Nek Mah daripada Bungkam menerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Bagi kategori pelakon harapan, watak Pak Lang daripada pementasan Sembang menerima Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik, sementara TokMak daripada pementasan Rekayasa Budi berjaya meraih Anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik.
Penganjuran FESTIK 2026 bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat antara kolej kediaman, malah turut berperanan sebagai platform pembangunan bakat seni persembahan dalam kalangan mahasiswa. Festival ini diharapkan dapat terus menjadi wadah untuk melahirkan lebih ramai penggiat seni teater yang berpotensi serta memperkukuhkan budaya berkesenian dalam komuniti kampu

Date of Input: 07/07/2026 | Updated: 07/07/2026 | kamarulhelmy

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 6040
+603 - 9769 6040
W, (07:34:40pm-07:39:40pm, 15 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]