Hala Tuju PKKSSAAS Tahun 2021 | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » Hala Tuju PKKSSAAS Tahun 2021

Hala Tuju PKKSSAAS Tahun 2021


SERDANG, 22 Januari – Satu Bengkel Penambahbaikan Strategik dan Hala Tuju Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) Tahun 2021 telah diadakan pada 7 Januari 2021 (Khamis) di Hotel Marriott, Putrajaya. Seramai 18 orang staf PKKSSAAS telah hadir bagi membincangkan dan memperkasakan Pelan Hala Tuju PTJ dalam mendepani cabaran baharu serta meningkatkan kualiti perkhidmatan.

 


Sesi taklimat telah dimulakan dengan ucapan daripada Encik Husalshah Rizal Hussian sebagai Pengarah PKKSSAAS berkaitan perkongsian amalan pengurusan terbaik yang akan dipraktikkan dalam kalangan warga staf PKKSSAAS. Selain itu, penerangan secara menyeluruh berkenaan Sistem Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran akan menjadi satu matlamat merealisasikan PKKSSAAS sebagai PTJ terbaik di UPM.


Bengkel ini  juga telah dirasmikan oleh Pendaftar UPM, Encik Muhazam bin Mansor yang telah menyampaikan harapannya agar PKKSSAAS sentiasa menyemarakkan tradisi kebudayaan dan kesenian juga menyumbang bagi kecemerlangan UPM khususnya.

 
 


Bengkel diteruskan dengan perbincangan cadangan penambahbaikan fungsi PKKSSAAS dalam menyentuh setiap seksyen yang diwujudkan dan perancangan takwim kebudayaan untuk tahun 2021. Bengkel tersebut diakhiri pada sebelah petang dengan sesi fotografi bersama semua staf yang terlibat dalam menjayakan bengkel penambahbaikan tersebut.

Date of Input: 22/01/2021 | Updated: 22/01/2021 | akma

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
W1VMZH71:07:59