Lawatan Perkongsian Amalan 5S | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » Lawatan perkongsian Amalan 5S

Lawatan perkongsian Amalan 5S

Oleh    : Amirul Iskandar Abdul Razak

 

SERDANG  – PKKSSAAS telah mengadakan satu lawatan tinjauan dan perkongsian berkaitan Amalan 5S ke Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM pada 18 Februari 2020.


Ketua Kumpulan Lawatan dan juga Penyelaras Pelaksanaan EKSA PKKSSAAS, En. Risanuddin Fahmy berkata, tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendapatkan penerangan dan perkongsian CEM terutamanya berkaitan perancangan dan pelaksanaan amalan 5S yang diterapkan di CEM UPM sepanjang tahun 2017 sehingga 2020.

“Selaras dengan penjenamaan semula pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang akan dikuatkuasa pada bulan Januari tahun 2021, PKKSSAAS ingin meninjau sendiri amalan 5S yang dilaksanakan di CEM seperti di ruangan pintu masuk, kaunter pertanyaan, bilik mesyuarat, tandas dan landskap di ruangan luar pejabat”, katanya.


Lawatan ini disertai seramai 15 orang staf PKKSSAAS dan penerangan berkenaan Amalan 5S dan EKSA dikendalikan oleh Encik Mohd Isnain, Penolong Pendaftar Kanan (CEM).

EKSA merupakan salah satu projek bitara MAMPU yang telah dibangunkan dan dilaksanakan dalam sektor awam sekitar tahun 2013 lagi. Antara objektif yang disasarkan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti kerja, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi, meningkatkan imej korporat dan mewujudkan pembudayaan amalan hijau di tempat kerja.

Date of Input: 16/06/2020 | Updated: 17/06/2020 | akma

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
+603 - 9769 7328
C1596868701