Pendedahan Dan Sebagai Latihan Kepada Staf PKKSSAAS | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » Pendedahan dan sebagai latihan kepada staf PKKSSAAS

Pendedahan dan sebagai latihan kepada staf PKKSSAAS

UPM Serdang, 5 November 2019  -  Sekali lagi Latihan Pengungsian Bangunan (Evacuation Drill) telah diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Program ini bertujuan memberi pendedahan dan sebagai latihan kepada staf apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya kecemasan benar-benar berlaku. Di samping itu ia turut bertujuan melatih petugas-petugas Pasukan Tindakan Cemas PTJ (ERT PTJ) menjalankan tugas-tugas yang diberikan dengan sempurna mengikut prosedur .


Pengarah PKKSSAAS, En. Abdullah Arshad selaku Komander Insiden Pasukan Tindakan Cemas PTJ (ERT PTJ) dan Encik Muhammad Apiq Ghazali selaku Setiausaha JKKP PTJ  telah mengadakan perbincangan dan membahagikan tugas kepada setiap ahli apakah tindakan yang perlu diambil semasa simulasi latihan berlaku.


Simulasi kebakaran bermula pada jam 9.00 pagi dengan dipantau oleh dua (2) orang staf daripada Unit Bantu Mula.  Simulasi dimulakan dengan pelepasan asap dan loceng kecemasan kebakaran dibunyikan dengan seorang mangsa terperangkap. Simulasi turut dibantu oleh staf dari Pusat Kesihatan UPM yang bertindak serta merta bila dihubungi pihak Bantu Mula dan datang dengan van ambulan memberikan bantuan kecemasan kepada staf terlibat.

 

Secara keseluruhannya, En. Khairul Ariffin Talib dari Unit Bantu Mula UPM berpuashati dengan kelancaran dan tahap pemahaman petugas-petugas Pasukan Tindakan Cemas PT (ERT PTJ) dalam mengendalikan simulasi yang tamat sejam kemudian.

 

Date of Input: 06/11/2019 | Updated: 06/11/2019 | akma

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
+603 - 9769 7328
C1573676522