Senada Putra 19 serlah bakat seni suara mahasiswa UPM
Program Grand Finale Senada Putra: Suara Putraku Ke-19 berlangsung meriah apabila 12 finalis mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) mempamerkan persembahan bertenaga di Panggung Percubaan PKKSSAAS. Pertandingan yang memfokuskan pelajar Tahun Satu itu menjadi platform mencungkil dan mengasah bakat seni suara, sekali gus memperkasa pembangunan sahsiah serta keyakinan diri mahasiswa.
Johan pertandingan dimenangi Mohamad Haikal Aiman Abdullah dari Kolej Canselor, diikuti Bibi Rosdiana Ibrahim Ali dari Kolej Dua Belas di tempat kedua dan Nur ‘Aina Safiyyah Radzi dari Kolej Canselor di tempat ketiga. Pertandingan itu diadili juri profesional iaitu Dato' Ramli MS, Dato' Mokhzani Ismail dan Aisha Retno.
Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, En. Husalshah Rizal Hussian berkata program itu bukan sekadar pertandingan nyanyian, malah medium membentuk disiplin, kepimpinan dan profesionalisme mahasiswa. Program yang bermula sejak Oktober tahun lalu itu turut melibatkan latihan vokal dan persembahan bersama tenaga profesional industri seni termasuk dari Istana Budaya
Date of Input: 15/05/2026 |
Updated: 15/05/2026 | kamarulhelmy
MEDIA SHARING