TEKPI
- Senjata Tekpi dipercayai berasal dari Cina, sebelum sampai ke Kedah melalui perdagangan India dan China, yang terletak di utara Malaysia, bersempadan dengan Thailand. Ia dikatakan berakar sejak tahun 1556 apabila ia pertama kali diajar kepadaSultan Kedah.
- Terdapat juga dakwaan bahawa Tekpi berasal daripadaIndonesiasebelum tersebar ke Malaysia, India, Cina, Indochina,dan Okinawa. Di Indonesia ia dikenali dengan nama cabang dan dipercayai diambil hasil dari trisula India, manakala di Okinawa didalam bahasa Ryukyu ia dikenali sebagai sai .
- Bentuk asas senjata ini adalah bercabang tiga dengan cabang utama lebih panjang daripada cabang dikiri dan kanannya. Cabang utama berbentuk lurus manakala cabang di kiri dan kanan membentuk hurufUatau seperti tanduk kerbau. Masyarakat Melayu menamakan cabang utama tersebut sebagai batang tekpi manakala cabang di kiri dan kanannya sebagai sampir.
- Hujung hulunya yang berbentuk buntil pula dikenali sebagai mata lalat atau bunga lawang. Cabang utama biasanya adalah sepanjang 15 inci sehingga 20 incidan diukur mengikut kesesuaian tuanpunya senjata.
Updated:: 07/01/2021 [kamarulhelmy]
MEDIA SHARING