Slot Warisan @Kuih Dangai | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» ARTICLE » Slot Warisan @Kuih Dangai

Slot Warisan @Kuih Dangai


TRAVELOG SENI BUDAYA @ PERLIS
(27 – 31 JULAI 2025)
LAPORAN SEMASA : KUMPULAN ADI INDERA
HARI PERTAMA : 27 JULAI 2024 (AHAD)
 
Kami berkesempatan bertemu dengan Puan Rokiah Pureh, 54 yang berasal dari Kg Bukit Ketiri yang meneruskan warisan kuih dangai yang telah diusahakan dari tahun 2015.
 
Kumpulan Travelog Seni Budaya Perlis, Adi Indera berpeluang untuk menyaksikan dan mencuba sendiri cara pembuatan serta mempelajari sejarah kuih dangai itu sendiri. Kuih ini diperbuat daripada adunan tepung pulut, kelapa parut serta gula dan kebiasaannya dibakar hingga garing didalam acuan khas. Kebiasaannya kuih ini disajikan sebagai sajian minum petang serta di majlis-majlis keraian.
Puan Rokiah yang dibantu oleh suami serta ahli keluarga beliau juga telah menunjukkan kami cara pembuatan kerabu kerang.Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada Puan Rokiah untuk layanan baik yang diberikan kepada kami sepanjang slot Selera Warisan pada edisi travelog kali ini.
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 31/07/2025 | Updated: 31/07/2025 | kamarulhelmy

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 6040
+603 - 9769 6040
S, (08:50:08am-08:55:08am, 04 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]