Tarian Kudang Kepang | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» WARISAN » Seni Warisan Tarian » Tarian Kudang Kepang

Tarian Kudang Kepang

  • Kuda kepangataukuda lumping (bahasa Jawa. jaran kepang) ialah seni tarian berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Asal mula kesenian ini adalah bentuk dukungan rakyat atas perjuangan para pahlawan Jawa dalam mengusir penjajah yang menindas rakyat di pulau itu.
  • Kesenian ini juga ada tersebar dibawa oleh para penghijrahJawa ke SemenanjungTanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia, Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian. Selain itu, tarian ini juga menjadi kebanggaan masyarakat Jawa di ketiga-tiga negara ini dan dibuktikan apabila tarian ini sering mewakili Singapura, Indonesia dan Malaysia di pertandingan-pertandingan tarian peringkat antarabangsa. Tarian ini juga sering dimainkan di Jawa ketika acara sambutan perayaan, majlis perkahwinan, perayaan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia.

Kemaskini:: 01/04/2021 [kamarulhelmy]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXETNAl~