Seksyen Pengurusan Seni Budaya dan Warisan mempunyai 2 unit yang menyokong kepada peranan seksyen ini iaitu:
Unit Pengukuhan Seni Budaya dan Warisan
Unit Pengembangan Seni Budaya dan Warisan
Antara fungsi seksyen ini adalah untuk memartabatkan agenda seni budaya dan warisan dalam kalangan warga kampus, alumni dan komuniti dengan merancang aktiviti serta program, mengekalkan dan mengembangkan aktiviti kebudayaan dan kesenian di UPM. Seksyen ini juga bertanggungjawab menyediakan kemudahan prasarana seni budaya/teknikal pentas yang kondusif dan profesional serta memberikan khidmat nasihat berkenaan Seni Budaya dan Warisan kepada seluruh warga kampus.
Selain itu, seksyen ini berfungsi bagi meningkatkan pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya terutama kepada staf dan pelajar UPM yang berinisiatif menyediakan landasan/ruang dan peluang kepada penggiat seni UPM yang terlibat dalam bidang ini melalui perkhidmatan kebudayaan dan kesenian, Sukarelawan Seni Budaya (PEWARIS) dan sebarang aktiviti seni budaya ke peringkat nasional dan antarabangsa.