| SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
list of latest announcement

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Sukacita dimaklumkan, Portal Putra UPM kini boleh digunakan untuk mengakses pelbagai sistem aplikasi melalui satu antara muka.

Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my) merupakan inisiatif Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM bagi menyediakan kemudahan capaian atau ‘access gateway’ ke sistem aplikasi Universiti dengan menerapkan teknologi pengesahan (authentication) UPM-ID Single Sign-On (SSO).

Dengan adanya Putra Portal UPM, konsep “Single Sign-On (SSO)” diamalkan, dimana capaian kepada pelbagai sistem aplikasi dapat dibuat dengan menggunakan single ID (UPM-ID) dan paparan juga mesra peranti mudah alih.

 Untuk makluman semua, sebanyak 21 sistem aplikasi telah menggunapakai konsep SSO, yang boleh dicapai melalui Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my). 

 Sebanyak 32 sistem aplikasi lain yang masih belum menggunapakai konsep SSO boleh juga dicapai pantas melalui ikon "NON SSO" pada Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my). 

 Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Helpdesk iDEC (03 8947 1990) atau email idec_helpdesk@upm.edu.my 

 Sekian, terima kasih.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil maklum akan status wabak COVID-19 berdasarkan laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini turut mengambil kira saranan dari KKM berkaitan perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku.

Justeru pihak pengurusan UPM mengambil keputusan untuk menangguhkan semua program universiti (persidangan/seminar/bengkel/syarahan awam/syarahan inaugural/kursus/ceramah/forum) termasuk di peringkat PTJ  atau apa-apa aktiviti secara berkumpulan. Takrifan berkumpulan bukan hanya mengambil kira faktor jumlah tetapi ianya dilihat secara keseluruhan iaitu mengambil kira faktor latar belakang peserta, lokasi dan tempoh masa program. Penangguhan ini berkuat-kuasa serta merta sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak kerana mengambil kira keselamatan pegawai UPM dan masyarakat umum.

Warga UPM turut dinasihatkan mengambil langkah pencegahan sebagaimana yang telah dimaklumkan pada hebahan sebelum ini.

Semoga makluman ini mendapat perhatian seluruh warga kampus.

Sekian,terima kasih.

POSTPONEMENT OF STUDENTS’ ACADEMIC AND CURRICULUM ACTIVITIES

In line with the latest development of the COVID-19 transmission, please be informed that all academic and co-curricular activities will be POSTPONED from 14th March to 5th April 2020 (Extended until the mid-semester break which will begin from 6th to 12th April 2020). This is a preventive measure taken to curb the spread of the virus on Universiti Putra Malaysia campus.

Such activities include all tutorials, practical sessions either in or out of the classrooms as well as all student co-curricular activities organized by any Student Affairs and Alumni (HEPA) entities. Meanwhile, all lectures will be conducted virtually, and students are allowed to participate in the virtual classes from either on or off-campus.

We hope that this information is received by all members of the campus and let us pray that this situation will improve as soon as possible.

Thank you.

Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan
Deputy Vice-Chancellor (Academic and International)                                                      
and                            

Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman
Deputy Vice-Chancellor (Students Affairs and Alumni)

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEZSAW~