BORIA
- Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama di Pulau Pinang.
- Boria telah diubahsuai dan dimajukan lagi oleh orang Melayu di Pulau Pinang.
- Pada pertengahan abad ke-19, teater boria melibatkan lagu vokal dan tarian di bawa ke Pulau Pinang oleh askar-askar India selatan yang beragama Islam.
- Pada masa itu boria dipersembahkan oleh askar-askar itu selama 10 hari pada bulan Muharam untuk mengingati peristiwa Karbala dan meratapi kematian Saidina Hussein r.a.
- Kemudian boria dipersembahkan di Pulau Pinang oleh penduduk-penduduk tempatan yang berketurunan India selatan yang lebih dikenali dengan gelaran Jawi-Pekan.
- Boria diubahsuai mengikut citarasa dan keperluan komuniti tempatan.
Boria dipersembahkan pada hari kebangsaan dan pesta-pesta di Pulau Pinang, tapak-tapak ekspo dan sebagainya dengan tujuan memajukan pelancongan. Selain itu, pertandingan-pertandingan boria juga turut diadakan bagi memastikan boria tidak hilang dek arus kemodenan
Updated:: 11/02/2021 [kamarulhelmy]
MEDIA SHARING