Makyong | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» WARISAN » Seni Warisan Teater Tradisional » Makyong

Makyong

MAKYONG

  • Makyong(atauMak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang berasal dari Patani dan Kelantan. Drama tari ini menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja; nama "mak yong" ini dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun. Iamenjadi persembahan harian, Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta sejauh Kepulauan riau di Indonesia.
  • Ia dipersembahkan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi juga sebagai istiadat raja memerintah dan sebagai cara perubatan merawat orang sakit. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatanganIslamlagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.
  • Seni persembahan ini telah diharamkan di negeri Kelantansejak ia dipimpinParti Islam Se-Malaysia pada 1991 dengan alasan "seni ini mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah, seperti pemujaan". Walau bagaimanapun, Mak Yong terus mendapat pengiktirafan di persada dunia apabila UNESCO mengumumkan bahawa Mak Yong diiktiraf sebagai salah satu Karya Agung Warisan Tidak Ketara Kemanusiaan (Intangible Cultural Heritage of Humanity) dari Malaysia pada tahun 2005.

Kemaskini:: 11/02/2021 [kamarulhelmy]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXDdNAU~