Dewan Besar Dan Panggung Percubaan | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» PERKHIDMATAN KAMI » Dewan Besar dan Panggung Percubaan

Dewan Besar dan Panggung Percubaan

Kemudahan Kami Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) adalah entiti yang dipertanggungjawabkan menyediakan kemudahan bagi mengadakan aktiviti majlis rasmi universiti disamping mengadakan program kebudayaan dan kesenian kepada masyarakat kampus.

Kemudahan yang terdapat di sini ialah:

  • Dewan Besar 
  • Panggung Percubaan 
  • Peralatan Audio Visual 
  • Peralatan Muzik 
  • Perabot 
  • Studio  
  • Bilik Menanti VVIP 
  • Kumpulan Kesenian 
  • Kaunter Pertanyaan 
  • Surau 

 

Dewan Besar 

Dalam usaha meningkatkan mutu persembahan, PKKSSAAS telah menyediakan studio bagi semua jenis aktiviti kebudayaan dan kesenian.  Tujuan studio ini disediakan adalah untuk memastikan setiap kumpulan kesenian dan pelajar dapat mengadakan latihan sebelum mengadakan persembahan.  Studio ini telah dilengkapi dengan peralatan muzik tradisional dan muzik moden. Lain-lain studio yang disediakan ialah untuk seni tari, koir, seni teater, gamelan, caklempong dan ruang berkaraoke. Kesemua studio ini terletak di tingkat satu dan dua bangunan ini.

Dewan Besar pada asasnya boleh memuatkan seramai 4000 orang. Antara aktiviti yang dijalankan di sini ialah majlis rasmi universiti seperti Majlis Konvokesyen, Pameran Penyelidikan, Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang, Majlis Makan DiRaja, Majlis Penyampaian Watikah PALAPES, Majlis Makan VVIP UPM, Majlis Bersama Naib Canselor, Majlis Minggu Suaikenal Pelajar Baharu, Peperiksaan Pelajar dan aktiviti kebudayaan. Kemudahan asas yang terdapat di Dewan Besar ialah Bilik Menanti, Bilik Tuanku Canselor, Bilik Senat, Foyer, Galeri VIP dan Bilik Rawatan Kecemasan.

 

Di samping melaksanakan majlis rasmi universiti, Dewan Besar juga ada menerima tempahan untuk mengadakan pelbagai aktiviti dari agensi-agensi kerajaan, syarikat swasta, kolej-kolej swasta dan aktiviti persatuan pelajar serta program aktiviti akademik dari setiap PTJ.

Kemudahan peralatan sebagai entiti yang diamanahkan menyediakan ruang untuk majlis rasmi, PKKSSAAS telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan majlis yang akan diadakan. Kebanyakan peralatan ini diselenggarakan dengan baik agar tidak mudah rosak. Semua peralatan yang ada di sini akan dikenakan sewaan bagi agensi kerajaan dan pihak swasta.

Di antara peralatan yang sering digunakan untuk majlis rasmi ialah Sofa Kulit, kerusi banquet, kerusi "arm rest", permaidani merah, permaidani pentas, pembidang, partition, meja urusetia, meja peperiksaan, rostrum, meja cokmar, kerusi Tuanku Canselor, kotak sijil dan bendera.

 

Panggung Percubaan 

Panggung Percubaan juga sepenuhnya ditadbir urus oleh PKKSSAAS dan merupakan suatu medan manifestasi seni bagi aktiviti pelajar dan warga kampus meliputi bidang seni persembahan, muzik, teater, tarian dan penganjuran bengkel-bengkel dalam menyemarakkan kebudayaan dan kesenian berasaskan kecemerlangan seni persembahan. 
Panggung Percubaan juga banyak digunakan sebagai satu ruang untuk produksi percubaan dalam menghasilkan persembahan bermutu.

Panggung Percubaan boleh memuatkan seramai 500 orang dalam satu-satu masa serta dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Bilik Menanti, bilik urusetia, bilik kawalan audio dan video serta sistem lampu/pencahayaan.

Antara aktiviti yang pernah diadakan di sini ialah bengkel, persembahan kebudayaan, pertandingan debat, persembahan teater, forum, mesyuarat agung, aktiviti PTJ dan aktiviti persatuan pelajar. Selain daripada aktiviti rasmi universiti, Panggung Percubaan pernah menerima tempahan dari agensi kerajaan dan pihak swasta. Antara aktiviti yang pernah dianjurkan oleh pihak luar ialah Konsert Akademi Fantasia (Astro), Pertandingan Pidato Kanak-Kanak (Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia), rakaman iklan dan Kuiz Pelancongan (Kementerian Pelancongan) Kemudahan asas yang terdapat di Panggung Percubaan ialah Bilik Menanti, Bilik Urusetia, Bilik kawalan audio dan lampu.

KLIK UNTUK BOOKLET PKKSSAAS

Kemaskini:: 27/06/2019 [kamarulhelmy]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566327461